#ReviewKugigran Please Be Quiet (Indonesia Short Film)


IG Please Be Quiet

Apa yang akan korang lakukan jika melihat member korang diganggu oleh bos besar? Inilah yang dibawa oleh filem pendek dari Indonesia, Please Be Quiet.



Please Be Quiet adalah sebuah filem pendek arahan William Adiguna. Cerita ini mengupas isu kekerasan seksual serta bagaimana mangsa tidak dapat bertindak. Filem ini membawa kepada Sarah (Sheryl Sheinafia) yang secara tidak sengaja menyaksikan bosnya cuba mengambil kesempatan terhadap rakan sekerja. Dia cuba melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada dirinya.


Filem yang berdurasi 20 minit ini sangat mudah untuk difahami.  Pelakon juga tak ramai memandangkan ini filem pendek. Pendekatan filem pendek seperti macam ni tidak memerlukan scene yang banyak serta pelakon yang banyak. Cukup untuk memudah kita untuk menghadam apa yang cuba disampaikan.


Youtube William Adiguna


Aku suka macam isu ini diketengahkan. Tidak memerlukan lakonan yang over nak mampus, cukup dengan beberapa act yang cukup untuk menangkap kita. Kadang kita akan mempersoalkan adakah sesuatu kejadian itu tidak dihebahkan kerana rasa malu atau kerana tidak mampu untuk dilapor. Korang punya pandangan macam mana?


Korang boleh menonton secara percuma filem pendek ini di YouTube.


Post a Comment

Previous Post Next Post