#ReviewKugigran Jurnal Filem Kult


Hadir pula satu zine baru, Jurnal Filem Kult. Berbeza dengan zine zine lokal lain, zine ini lebih kepada filem horror/fisyen sains dan aksi. Aku dulu pun ada buat zine tapi lebih kepada filem dan terbuka. Zine ini sepenuhnya tulisan Laxiroth Le Vi.

Zine ni dah rilis dua isu. Isu perdana lebih kepada ulasan filem seperti The Thing, Hantu Jerangkong, The Curse Of The Werewolf dan black christmas. Penulisan menarik kerana menyelitkab pengalaman tontonan. Cuma ada part agak kecik dan sukar untuk membaca.

Isu dua plak ada The Howling, Horror of Dracula, Conan dan King Kong. Kalau korang peminat dengan filem filem sebegini memang sesuai untuk dibuat koleksi. Diharapkan mungkin lepas ini boleh menyelit interview dengan pengarah ataupun mereka yang terlibat dengan filem filem sebegini. 

Zine ini percuma sahaja. Korang boleh dapat melalui emei jurnalfilemkult@gmail.com atau boleh cari editor zine ini di facebook (search namanya).

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner