#ReviewKugigran Filem Photocopier

Filem dari Indonesia, Photocopier hadir di streaming popular Netflix. Aku mula nak tengok filem ni lepas ramai gak yang suggest suruh layan citer ni. Jangan tak tau filem ni banyak membolot anugerah di Festival Filem Indonesia.


Aku cuba cari makulmat tentang filem ini sambil buat review. Sesuatu yang mengejutkan apabila ada kes gangguan seksual yang melibatkan krew citer ini. Wow sungguh ironi, Filem ini adalah arahan Wregas Bhanuteja yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem pendek.

Photocopier (atau Penyalin Cahaya) membawa kita kepada kehidupan seorang mahasiswi komputer, Suryani/Sur. Berasal dari keluarga yang tak kaya mana, dia terlibat dengan satu team teater sebagai pembikin website. Sehingga suatu hari Sur diundang ke parti meraikan kejayaan teater mereka. Tanpa disedari dia terlibat dengan satu kejadian yang menyebabkan biasiswanya ditarik.


Dengan bantuan membernya, Amin yang bekerja di kedai photostep. Sur cuba mencari siapakah dalang disebalik kejadian itu


Selepas menonton filem ni pada mulanya, wow. Dibuka dengan pemestasan teater. Pemestasan teater ni sebenarnya semacam pelambangan kepada diri Sur, sebab ianya tentang Medusa. Kalau korang tau tentang kisah greek ni mesti boleh tangkap sebenarnya macam mana cerita ini bergerak. 


Aku merasakan bagaimana pengarah cuba membuka mata kita bagaimana situasi mangsa seksual dan reaksi daripada mereka yang kononnya boleh membantu. Kadang mereka hanya memikirkan nama baik mereka semata mata sahaja.


Aku sebenarnya kagum dengan semangat jua Sur walaupun semacam tak banyak membantu, macam realiti mangsa juga kadang tak ada yang nak sangat membantu. Situasi yang mencengkam dia dengan tekanan sekeliling memang memberikan kesulitan.


Geram juga bila kita fikirkan balik bagaimana mangsa!


Barisan pelakon juga sangat bagus, terutama sekali watak utamanya. Shenina Cinnamon memang pandai memainkan emosi dengan riak wajahnya. Sesekali rasa kesian juga tengok dia ni. Sekali dengan macam muka Hullera pun ada (tiber). Selain beliau, pelakon lain pun turut tidak mengecewakan.


Adakah sangat berbaloi untuk menonton filem ini? Iya kerana filem ini sebuah karya yang bercerita dan tidak memaksa kita. Beberapa adegan sangat bermakna dan mungkin membuat korang terkesan. Filem yang memberikan suatu seperti ini korang jangan tak tengok plak. Scene last tu memang akan diingati.



Post a Comment

أحدث أقدم
banner