Permohonan Saman Bayi Dekat Cover Album Nirvana Ditolak


Mengejutkan! Hakim dari Mahkamah California, Fernando Olguin telah menolak permohonan saman yang dikemukan oleh Spencer Elden, bayi yang ada dekat cover album Nirvana, Nevermind (1991).


Tindakan itu dibuat selepas Elden gagal untuk memfailkan bantahan terhadap perwakilan Nirvana(sebagai defendan) yang mengemukankan penguguran terhadap kes tersebut pada 31 Disember 2021.


Namun beliau bernasib baik kerana diberi peluang memfailkan saman sebelum 13 Januari tahun ini. Elden memfailkan saman kerana gambarnya (ketika itu masih bayi) sedang berbogel telah dipergunakan oleh kumpulan tersebut untuk album Nevermind. Album tersebut menjadi ikonik dan menggegarkan industri muzik dunia.


Beliau memohon sebanyak RM629,000 daripada 15 defendan yang terlibat. Antara yang terlibat lineup Nirvana yang masih hidup (Dave Grohl, Krist Novoselic) dan sudah tentu yang ambil gambar tu, jurugambar kirk Weddle.


Ketika kejadiaan (dah macam kes jenayah berat plak), Kirk Weddle mengambil gambar Elden dalam satu parti yang berlangsung di kawasan kolam renang. Beliau membayar RM838 kepada ibubapa budak tu. Mungkin tu harga member-member kot?


Sumber: Utusan

Post a Comment

Previous Post Next Post