Pemain Bass Coal Chamber Tidak Hilang?


Heboh bulan September lalu apabila Rayna Foss yang pernah menjadi pemain bass Coal Chamber dilaporkan hilang. 





Terkini anak kepada pemain bass itu, kayla Rose menyatakan di Instagram bahawa ibunya tidak pernah hilang. Tambahan lagi dia tidak pernah terputus hubungan dengan ibunya itu. 

Kayla Rose keliru macam mana boleh timbul berita tentang kehilangan ibunya. Dia juga mengulas tentang permusuhan antara bapanya dan bekas vokalis Coal Chamber, Dez Fafara. Tiada perbalahan antara mereka malahan berkawan baik.

Rayna Foss antara anggota terawal Coal Chamber. Beliau terlibat dalam album debut kumpulan itu, Chamber Music dan Dark Days.




Sumber: Loudwire 

Post a Comment

أحدث أقدم
banner