Bohemian FC Lancar Koleksi Jersi Bertemakan Bob Marley

 

NME

Selepas pasukan Ajax, team bola sepak dari Ireland, Bohemian pula muncul dengan koleksi jersi bertemakan Bob Marley.

Koleksi ini dihasilkan dengan persetujuan keluarga Bob Marley dan juga unit merch Universal Music/Bravado. Ianya memperingati konsert outdoor terakhir lagenda tersebut pada tahun 1980. Acara bersejarah itu berlangsung di stadium Bohemians, Dalymount Park.

COO Bohemian FC, Daniel Lambert teruja dengan koleksi jersi ini. Sebenarnya dah lama beliau berfikir tentang idea jersi bertemakan lagenda reggae tersebut. Beliau juga mengimbas kembali bagaimana Dalymount menjadi lokasi terpilih Bob Marley. Tapi menyedihkan kerana itu adalah persembahan outdoor terakhir lagenda itu.

Bob Marley sememangnya begitu meminati bola sepak. Daniel Lambert menyebutkan bahawa lagenda tersebut pernah bermain bola di sekitar stadium sebelum konsert berlangsung.

Jersi ini sudah tentu sangat bermakna buat kelab dan negara Ireland ini. Lagenda Bob Marley pernah membuat persembahan di sana!

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner