Nirvana Pula Bakal Muncul Dengan Produk NFT

kredit: Paul Bergen/Redferns

Nirvana pula terlibat dengan NFT. Kumpulan lagenda grunge ini akan melancarkan produk NFT sempena ulang tahun ke 55 mendiang Kurt Cobain, 20 Februari 2022.


Produk NFT itu difahamkan gambar-gambar kumpulan tersebut yang belum pernah diriliskan secara terbuka sebelum ini. Menurut sumber, terdapat kira-kira 28 foto daripada pelbagai aksi Nirvana yang melakukan persembahan live pada tahun 1991.


Gambar-gambar ini diambil oleh Faith West selepas enam hari album Nevermind dipasarkan.


Harga bermula $99 sehingga $250,000, Peminat boleh membeli gambar dalam black/white atau warna acid-washed untuk $99, atau memilih artwork yang mengandungi tiga gambar yang berharga $499. terdapat 100 salinan dijual untuk NFT ini


sumber NME




Post a Comment

Previous Post Next Post
banner