Menyayat Hati! Kisah Tragis Lagu Terakhir Rev

 


Ethan Miller, Getty Image


Avenged Sevenfold melalui saat sukar dalam menghasilkan album terdahulu, Nightmare. Mereka mengalami kehilangan yang teramal besar apabila pemain dram, jimmy The Rev Sullivan telah meninggal dunia. Mendiang meninggal kenangan terakhir dengan lagu Fiction di dalam album tersebut.


Ulas Zacky vengeance (gitaris), Rev sememang mempunyai impian dalam penulisan lagu. Namun untuk album tersebut ia berusaha dengan lebih kuat. Mendiang bekerja keras dan setiap terbuka dalam berbahagi idea sesama anggota kumpulan. Beliau seolah-olah cuba meninggalkan sesuatu kepada Avenged Sevenfold.


Seperti lirik mendiang dalam lagu Fiction yang sepatutnya bertajuk Death, mengandungi line seperti," Gave you all i had to give...Found a place for me to rest my head...While i may be hard to find...Heard there's peace just on the other side" 


Lirik seperti itu seperti petanda mendiang akan pergi buat selamanya. Rev mempunyai masalah kesihatan jantung, dan disaat kematiannya, Rev mengadu kerap sakit perut. mendiang tahu hayatnya sudah semakin hampir.


M. Shadows memberitahu bahawa dia tergamak apabila mengenangkan kembali kepergian Rev. Dia tidak percaya bagaimana seseorang yang masih hidup menulis lagu seolah olah ianya akan pergi buat selamanya. Ini seperti sesuatu yang sukar untuk diterimanya.


Untuk memperingat kepergian rev, kumpulan itu mengubah tajuk Death kepada Fiction, nama singkatan yang pemain dram itu gelar untuk dirinya. Sebelum beliau meninggal dunia, mendiang membuat demo rakaman semua bahagian piano dan dram pada lagu tersebut. Sebagai penghormatan, bahagian vokal mendiang dibiarkan.


RIP James Jimmy Owen Sullivan (9th feb 1981-28th Dec 2009)


Sumber: Loudwire

Post a Comment

Previous Post Next Post