Mengejutkan! Paramore Akan Hadir Dengan Album Baru

ig paramore


Siap-siap! Paramore mendedahkan mereka tengah sibuk di dalam studio untuk proses album terbaru.


Hayley Williams (crush penulis ni) masih lagi mengalas sebagai penyanyi manakala Taylor York sebagai gitaris dan Zac Farro sebagai pemain dram. Kemunculan semula ini selepas album terakhir dorang After Laughter(2017).


Dalam wawancara bersama Rolling Stone, Paramore memberitahu sudah siap prosrs penulisan lagu di Nashville dan mula beraksi di studio berdekatan dengan California. Album ni masih belum ada nama lagi.


Tambah Williams, dia dan York mula mengorek kembali band-band yang mempergaruhi mereka dulu. Tapi bukan bermakna dorang akan kembali dengan rilisan emo!


Beliau turut merasakan mereka mempunyai semangat positif tentang rilisan terbaru ini.


"Aku selalu menunggukan saat untuk kitaorang tahu yang kitaorang dah try benda baru and kitaorang bukan lagi benda sama je," katanya.


November lalu, si Hayley Williams ni dah mendedahkan dirinya tengah busy dengan album Paramore. Beliau sebelum ini sibuk memanjang dengan projek solo seperti album Petals For Armor (2020) dan Flowers For Vases/Descansos (2021).

Sumber: Rolling Stone

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner