Dave Hogan/Getty Images |
Rock star serta pelakon, Meat Loaf telahpun meninggal dunia pada Khamis lalu (20/1/2022). Mendiang meninggal dunia ketika berusia 74 tahun.
Pengurus mendiang, Michael Greene menyatakan perkara ini. Merujuk TMZ, Meat Loaf sepatutnya menghadiri satu acara. Namun terpaksa membatalkan kerana ianya mengalami kesakitan yang serius gara-gara COVID!
Meat Loaf dilaporkan mempunyai pelbagai penyakit yang menyukarnya untuk melawan virus Covid-19. Sebelum ini banyak mendiang mendedahkan penyakit yang ia hadapi. Seperti menghadapi penyakit mental, ketagihan minuman keras serta beberapa kali menyertai terapi.
Mendiang juga pernah kecundang ketika beraksi dalam satu persembahan di London (2003). Apabila ia diperiksa, rupanya ia mempunya Wolff Parkinson White Syndrome (ada kaitan masalah jantung). Meat Loaf pernah memberi komen tentang hal ini iaitu, "kalau ikutkan ramai orang yang ada masalah ini dan masih boleh hidup walaupun tak sedar pun kehadirannya,"
Meat Loaf adalah salah seorang penyanyi rock terhebat sepanjang zaman. Album Bat Out of Hell mencatatkan jualan yang memberangsangkan. Album padu itu mempunyai hit seperti Two Out of Three Ain't Bad yang pernah menduduki carta Billboard.
Mendiang kemudiannya muncul dengan album Bat Out of Hell II: Back Into Hell. Kali ini beliau memenangi anugerah Grammy untuk kategori vokal solo terbaik (dalam persembahan).
Meat Loaf juga dikenali sebagai pelakon. Mendiang muncul dalam beberapa filem dan siri TV seperti Rock Horror Pictures Show, Fight Club dan sebagainya.
Kredit: TMZ
Post a Comment