Lagu Terbaru Alt-J Terinspirasi Daripada Matawang Kripto?

IG ALT-J


Alt-J telah melancarkan lagu terbaru, Hard Drive Gold. Single ini akan muncul dalam album terbaru mereka yang akan datang, The Dream.

Hard Drive Gold adalah sebuah lagu yang mendapat inspirasi daripada fenomena jual beli matawang kripto yang menjadi kegilaan masa kini.

Single ini dibuat ketika trend kripto tengah memuncak. Ianya menceritakan tentang angan angan budak yang kaya secara tiba-tiba.

Lagu ini juga menjadi penampilan pertama buat vokalis, Joe Newman sebagai pengarah muzik video single ini.

Menghasilkan video klik dengan bantuan kekasihnya, Darcy Wallace. Joe memberitahu bagaimana muzik video adalah medium untuk berkongsi pelbagai pengalaman yang mereka alami. 


Dalam video ini tidak menampilkan kumpulan ini sebalik memberikan fokus pada penceritaan. Ianya menunjukkan seorang wanita yang berlari membawa batang galah serta cuba membuat lompatan tinggi walaupun pelbagai perkara berlaku sekeliling.


Album The Dream dijangka rilis 11 Februari 2022. 


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner