Kenali Seven Sundays Dari Singapore



kumpulan Seven Sundays masih berdiri teguh sehingga ke hari ini. Band ini meriliskan album terbaru mereka, Terbang pada tahun lepas.


Group yang mengangkat genre Indie-Rock ini berasal dari Singapore. Telah wujud sejak tahun 1996 yang ketika itu dikenali sebagai Electrochemical. Dibangunkan oleh tiga saudara (Ayi, Esham dan Rahman) dan kemudiannya disertai kawan yang lain. Ayi Mengalas peranan sebagai pemain drum manakala Esham dan rahman sebagai pemain gitar. Awalnya mereka mencover lagu band-band lain seperti Oasis, Radiohead dan sebagainya.


Pada tahun 1998, mereka berpakat untuk menukarkan Electrohemical kepada Seven Sundays. Nama ini singkatan kepada Everyday is Sunday. Tetap dianggotai tiga saudara itu dengan Esham berperanan sebagai pemain bass. Azrin (Kerp) sebagai vokalis memantapkan lagi kumpulan ini.


Mereka membuat persembahan sulung di World Trade Centre Amphitheatre. Seven Sundays telah meriliskan beberapa buah lagu untuk kompilasi bersama band-band lain. Mereka banyak membuat persembahan gig termasuk di Malaysia.


Selepas beberapa tahun mereka akhirnya menghentikan aktiviti muzik dengan persembahan terakhir di The Esplanade pada tahun 2008. Kekangan masa selain memberi tumpuan kepada keluarga mempergaruhi keputusan mereka. Sehingga tahun 2020 kumpulan ini bergabung kembali untuk beraksi bersama. Sofy menjadi pemain dram terbaru kepada band ini.


kini mereka hadir dengan album Terbang, menampilkan empat lagu hebat seperti Terbang, Dia, Cinta Bonda dan Apakah itu Cinta. Single Terbang pernah mencapai tangga no1 di carta Singa Maksima, Singapore.


Ahli Anggota Kumpulan Seven Sundays 2021 :

·         Azrin – Vokalis

·         Esham - Bass

·         Alfie – Gitar

·         Rahman – Gitar / Synths

·         Sofy – Drum


Discography

·         2003 - Keluaran pertama kumpulan ini berbentuk kompilasi kolektif dari penerbitan

tempatan Soundschemers berjudul The Show Must Go On memaparkan lagu bertajuk

·         Me & My Melody

·         With My Passion.







·         2006 - Pelancaran album sepenuhnya berjudul Our Own Little Story

memaparkan 10 lagu berjudul:

·         Intro

·         Daddy’s Lullaby

·         Us

·         Our Own Little Story

·         Going Home

·         Me and My Melody

·         My Sweet Little Honey

·         With My Passion

·         If You Believe

·         Chemical World






Spotify: https://open.spotify.com/artist/4Exo9xhaE2TEcQxV2AAF02

FB : www.facebook.com/sevensundaysofficial

IG : https://www.instagram.com/sevensundaysofficial/

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCfp-Eiug416v_k7Tp16HD8A/videos

Email : sevensundaysofficial@gmail.com



Post a Comment

Previous Post Next Post
banner