Jay-Z Pernah Membalas Dendam Terhadap Noel Gallagher?

getty image



Sekitar tahun 2008, ramai yang terkejut apabila Jay-Z menjadi salah satu headline untuk acara Glastonbury. Ianya mendapat pelbagai reaksi termasuk Noel Gallagher dari kumpulan Oasis. 


Noel Gallagher teryata terganggu apabila rapper tersebut menjadi antara artis utama acara tersebut. Beliau sememangnya terkenal dengan kata-kata yang kasar pernah menyatakan orang takkan pergi ke sana kerana Jay-Z. Noel tidak senang dengan kehadiran Jay-Z di acara rock tersebut. 


Tambahnya,  Glastonbury adalah acara tradition music berasaskan gitar, menyelitkan hip hop di acara ini, ianya memang teruk! Lantas dengan itu, ketika festival itu berlangsung, Jay telah menayangkan beberapa montaj yang mengecam beliau (termasuk Noel Gallagher). Lebih dahsyat, rapper tersebut memulakan persembahan dengan lagu daripada Oasis, Wonderwall. Penonton terkejut beruk dan menyanyi bersama-sama. 


Selesai Wonderwall, para pengunjung mula menyorak namanya. Sebelum memulakan lagu 99 Problems, beliau mementing beberapa bait lirik, If you're having girl problems I feel bad for you son....I got 99 problems but a bitch ain't one!


 

sumber loudwire

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner