Istimewa Bersama Dewataraya

  


22hb Januari menjadi tarikh keramat pelancaran album kumpulan Dewataraya. Band ini akan beraksi di KLPAC bersama dengan lagu lagu nukilan mereka. Untuk menghangatkan suasana, jom layan interview bersama kugiran Dewataraya.

Hello siapa di sana?

Hi! Kami Dewataraya, sebuah band Rock dari KL/Selangor.

 

Boleh ceritakan tentang band korang?

Dewataraya mempunyai lima orang ahli. Nawi (Vokal), Najmi (Guitar), Aqmal (Guitar), Emei (Drum), dan Hakim (Bass). Genre muzik kami lebih ke arah Experimental Progressive Rock.

 


Boleh ceritakan sedikit tentang pembikinan album terbaru korang? Dari segi konsep lagu dan sebagainya

Album yang akan dilancarkan ini adalah album sulung kami. Kami rakamkan album ini semasa lockdown pada tahun 2021. Album tersebut berkongsepkan penceritaan tentang peperangan dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat akibat kesilapan dan kelekaan daripada pemimpin mereka. Terdapat sembilan lagu di dalam album itu nanti dan setiap lagu akan menceritakan cerita berbeza, scene berbeza dan mood juga berbeza tetapi semuanya berpaksikan konsep yang diterangkan tadi.


 


Siapa yang punya design album tu?


Kulit album itu dihasilkan oleh rakan kami Amirul Idham Mohd Ikhram atau kami kenali sebagai Loki. Beliau adalah seorang designer muda yang sangat berbakat. Apa yang beliau gambarkan dalam kulit album itu sama dengan apa yang kami cuba ceritakan menerusi lagu lagu kami yang bakal ada dalam album itu nanti.


Kenapa memilih 22hb januari ini untuk album launch korang?

Kami memilih tarikh 22 Januari 2022 bukan kerana memahukan tarikh yang cantik 22/01/22. Tetapi lebih kepada availability KLPAC. Rancangan awal adalah pada 8 Januari, tetapi KLPAC tidak available pada tarikh tersebut. Jadi kami tundakan ke tarikh 22/01/22.

 


 

Apakah gimik yang akan korang persembahnkan nanti masa launch nanti?

Semasa launch nanti, para hadirin akan dapat menonton persembahan muzik dengan 'experience' yang berbeza. Kami akan mempersembahkan lagu lagu kami sambil dibantu oleh kumpulan teater yang diarahkan oleh Matagreta Production. Jadi, sambil tengok persembahan muzik, boleh mendalami maksud lagu tersebut sekaligus menerusi persembahan teater juga.

 

 


Kenapa memilih Loko dan Iqbal untuk iringin korang nanti? Bagaimana dengan special appearance?

Iqbal M dan Loko adalah band yang kami sentiasa sanjung tinggi kerana pencapaian mereka. Mereka juga adalah idola kami dalam seni persembahan. Setiap persembahan mereka pasti akan meninggalkan memori yang best.

 

Harapan korang untuk launch album nanti?

Harapan kami adalah untuk memainkan muzik kami sepenuh hati agar hadirin yang hadir akan mendapat pengalaman yang takkan dapat dilupakan.

 


Masa show nanti adakah korang akan perfom kesemua lagu dari album?

Kami akan perform semua lagu yang ada dalam album ketika launch kelak.

 

Playlist korang buat masa sekarang

Kami sekarang banyak mendengar muzik muzik yang berunsurkan classical, orchestra, progressive rock, math rock dan juga pop.

 

Last words?

Harap anda semua dapat menikmati lagu lagu kami dan kongsikan dengan rakan rakan yang lain. Jangan lupa untuk beli tiket dan beli album juga.

Ribuan terima kasih atas soalan soalan ini. Moga berjumpa di lain waktu!


*Korang boleh beli tiket show dorang di sini: https://www.cloudtix.co/shows/dewataraya-album-launch



 

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner