Ini Alasan Sheila On 7 Tidak Perfom di Konsert Sejak Akhir-Akhir Ini

 

kredit Ig So7

Band Sheila On 7 bukan sahaja di negara mereka, malahan di Malaysia juga. Bagaimanapun sejak era pandemik Covid-19 ini, mereka tidak pernah membuat persembahan di konsert. Mengulas tentang hal ini, Eross Candra, gitaris band tersebut mempunyai jawapannya.


Menurut gitaris yang mempunya muka macam Baddrol Bakhtiar ini, banyak faktor yang membuatkan kumpulan ini tak boleh perfom. Kali terakhir mereka melakukan persembahan konsert pada March 2020. Luahan ini dbuat beliau dalam channel Dewa Budjana.


Antara faktornya ialah persiapan mental dan mereka belum rasa urgent untuk membuat persembahan buat masa ini. Sheila on 7 juga mempunyai masalah dalam yang perlu mereka hadapi. Oleh itu, jika dorang dipanggil untuk perfom pun belum tentu mereka akan hadir.


lebih menyulitkan keadaan, pemain dram mereka yang berpindah ke Jakarta memberikan sedikit kesukaran. Jika dulu rumah dorang dekat dekat je, so takde masalah kalau nak buat latihan bersama. Bagi lineup yang masih di Yogyakarta masih lagi berjumpa tapi dah tak buat latihan sebagai band. 


Mengulas tentang persembahan mereka di IG live pada 6 Mei tahun lalu, ianya adalah untuk sambutan ulang tahun band. Persembahan hanya bertiga dan dalam bentuk akustik. Walaupun tidak lengkap, namun Eross akui ianya berjaya melepaskan rindunya membuat persembahan dengan Sheila On 7.






Post a Comment

Previous Post Next Post
banner