Idea Tentang Yunos Ishak Ni Saya Dapat Dari Mimpi-Rexx Mohd


Baru dirilis di YouTube, filem Yunos Ishak Ejen 08 telah mendapat perhatian beberapa pihak. Mencampur elemen klasik dan animasi, jom layan interview bersama pengarah filem tersebut, Rexx Mohd.


Salam bro apa khabar? first word?

Walaikumsalam...saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat saudara editor kerana sudi menemuramah saya dalam segmen ini.


Boleh memperkenalkan diri bro?

Saya memperkenalkan diri saya. Saya Rexx Mohd, atau lebih dikenali sebagai Rexx. saya adalah seorang pemuzik underground/indiependent, juga pencipta lagu dan penerbit album. Dan sekarang adalah pembuat filem indie tempatan, juga pemain animasi.

Rexx Mohd - Yunos Ishak Ejen 08

Sebelum ini saya dikenali sebagai pemuzik. Sebagai pemain gitar band Metal. Asal bermain muzik Thrash metal bersama band 'Antacid'. Kemudian saya bersama band Heavy Metal 'Nuclear Strikes.' sekarang saya bersama band 'Steel'. Berkecimpung dalam muzik bermula tahun 2001 sewaktu berumur 16 tahun bermain di gig underground sehingga sekarang. saya lebih dikenali sebagai pemuzik pada awalnya bukan pembuat atau pemain filem.


Saya mula berkecimpung dalam filem sejak dari tahun 2009 bermula sebagai krew atau budak Prop dibawah A.Aida production sebagai budak suruhan saja.. hahahaha..


Tahun 2010 saya mula menceburi bidang lakonan pula. Setelah mempelajari seni dan teknik tentang filem, saya beralih arah kepada lakonan bersama KRU production dalam filem horror iaitu 'Karak'. Dari situ saya mula menambah ilmu dan mempelajari sedikit demi sedikit tentang filem. Sambil bermain muzik.

Sha Aman - Madam-X

Tahun 2018 saya mula mengambil langkah untuk membuat satu filem real action indiependent horror/Thriller 'Grindhouse' bertajuk BUNUH. Bermodalkan wang sendiri saja untuk mengasah bakat yang ada, tujuan utama adalah berkarya. 


Sejak dari situ lah saya bermula sebagai pengarah filem yang tak bertauliah. Tak terkenal pun, tapi ada juga yang sokong filem saya dan minta saya teruskan buat filem lagi dan lagi... hahahaha .. jadi saya teruskan. 

Hani Malisa - Miss L

Macam mana boleh timbul idea nak buat filem Yunos Ishak?

Idea tentang Yunos Ishak ni saya dapat dari mimpi. Pada satu hari tu tahun 2018 saya bermimpi tentang Yunos Ishak ni .. Dalam mimpi tu dia cuma kata, dalam dialognya .. " Nama Aku Yunos.... Yunos Ishak.... dalam mimpi tu mengambarkan watak seorang ejen penyiasat yang kadang kala masuk air tapi dia bijak. Dialog tu kira macam dialog Bond la... " Bond....James Bond...." hahahaha . 


Dari situ saya terus menulis jalan ceritanya separuh. Mengenai Yunos Ishak ejen 08 dari tahun 1966, yang takde job, dia seorang yang masuk air, tapi dia bijak. Pada mulanya saya nak buat film ini real action lakonan orang sebenar. Gambaran lokasi semua dah ada , cuma untuk merealisasikan perkara itu sangat sukar. Kerana banyak benda yang saya kene cari.


Filem berkisarkan tahun 1966, mesti Kene cari barang-barang yang ada di tahun tu. Mana nak dapat... hahahaha.. Boleh je dapat,  tapi bajet kene besar lah. Kita ni pembuat film style rock n roll saja mana ada modal banyak tu. Saya bukan pengarah terkenal pun. Jadi saya fikir eloklah saya buat dalam bentuk animasi saja.



Saya berbincang bersama partner saya seorang wanita iaitu Ema Sheeril untuk menyiapkan filem ini. Ema sebelum ini pernah berkerjasama dengan saya dalam filem sebelumnya. Ema Sheeril selaku Protégé saya dalam pembikinan filem. Kami banyak berbincang untuk merealisasikan impian ini, memandangkan Ema juga berbakat dalam bidang penulisan skrip dan seni grafik .


Untuk filem ini saya banyak berkerjasama dengan Ema. Bagi memantapkan lagi jalan cerita serta skrip dan juga dialog untuk pelakon.


Ema mengambil peranan besar dalam filem ini untuk rekaan karaktor watak dalam film ini. Bersama dengan saya sebagai pembuat Animasi, saya yang mengerakkan katun itu. atau sebagai animaker lah..

Ema Sheeril - Vera/Ruby Bya - Veri

Macam mana dengan pemilihan pelakon?

Pemilihan pelakon kebanyakannya dari saya lah, iaitu rakan-rakan kenalan dalam Facebook. Orang yang pelbagai latar belakang karaktor ,career. Mereka itu bukan orang filem, cuma ada sorang dua saja pernah melibatkan diri dalam bidang filem dan theater. Mereka itu adalah pemuzik, penyanyi, model, youtuber, pelbagai karaktorlah dan kerjaya mereka.


Memang sengaja saya mengambil mereka dan ingin membuka ruang dan peluang serta berkongsi pengalaman yang baru sebagai pembuat suara 'Voice Over'. Saya tidak sangka yang mereka itu memberikan 1000% untuk kerja ini dan juga memberikan ruang dan peluang untuk bakat diri mereka sendiri. Saya cuma pembuka jalan Saja. Selebihnya mereka sendiri


Sebelum merakamkan suara, saya banyak berbincang dulu bersama mereka dari segi intonasi suara, keadaan karaktor. sifat-sifat karektor itu supaya tidak nampak kaku atau biasa Kita dengar sebagai 'Kayu' hahahaha... 

Aien Mushy - Yazmin Yunos

Mereka juga selalu merujuk kepada saya untuk intonasi suara. Dan mereka membuatnya dengan gaya dan cara mereka sendiri. Kemudian saya akan menilainya dahulu. membuat 'quality control' kadang-kadang ada juga yang buat sampai dua atau tiga kali supaya menampakkan lebih sempurna.. Dan mereka sangat enjoy dengan kerja mereka. 


Dari situ kita dapat dengar suara mereka yang lahir dari hati mereka itu sendiri. Kedengaran ikhlas penyampai dan watak itu hidup seperti keadaan yang sebenar. Walaupun mereka itu bukan lah 100% orang filem tapi mereka boleh dan mereka itu sangat hebat.


Berapa lama proses pengambaraan ni?

Proses filem ini mengambil masa selama lima bulan. Kami bermula pada bulan ogos tahun 2021 buat sedikit demi sedikit Alhamdulilah lancar, smooth dan siap sepenuhnya.

Colleens - Reena

Boleh citer tak pasal teknik yang bro buat dalam filem tu? Agak jarang nampak dekat malaysia ni?

Teknik yang simple saja, filem ini lebih kepada animasi komik .


Saya bukanlah animaker yang betul-betul animaker atau pemain animasi yang hebat. Saya cuma buat apa yang saya mampu saja. Cara sentuhan saya sendiri. Ibarat macam contoh saya ni sebagai Yusof haslam pembuat filem real action, tapi saya boleh lah buat Animasi sikit-sikit, macam tu ibaratnya. 


Tak terer pun.. ikut suka hati saja lah . tapi tak sangka pula jadi unik, sebab ramai yang mengatakan ianya kreatif dan tersendiri. Saya bersyukur kepada Allah.  Jadi Ini adalah Identiti animasi saya lah.

Daeng Hasri - Inpektor Haikal

Adakah ini filem pertama bro?

Sebenarnya ini adalah filem ke 10 saya dan filem animasi ke 5 saya. Saya bermula buat animasi dulu. Baru saya buat filem real action.


Tahun 2016 saya membuat film animasi berjudul STEEL 'Kemusnahan Empayar Zargus.' itu filem animasi pasal band saya lah.. Hahaha.. Selepas itu saya siap episode kedua STEEL 'Batu Merah'.


Filem animasi ini cuma 'Kemusnahan Empayar Zargus' saja dapat diselamatkan filem episode 'Batu Merah' hilang sebab komputer saya rosak. Anda bayangkan dah siap semua nya tapi hilang macam tu saja. Saya sedih.. kecewa gila.. Rasa macam kehilangan. Nak buat balik dah tak boleh sebab karya ini datangnya dari hati, bukan boleh main buat-buat je. Saya bersabar. Dan terima redha dengan hati Yang terbuka.

Lord - Bobba/Boy Strikes - Bobbi

Tahun 2017 saya berehat buat filem animasi nak dapatkan balik semangat tu. Setahun saya tak buat apa-apa pasal filem.


Lepas tu saya tumpukan pada filem real action pula, iaitu filem BUNUH. Pada tahun 2018 filem ini berjaya saya siapkan dalam masa satu minggu.. Hahaha.. Dan sampai sekarang orang masih memperkatakan pasal filem ini sebab saya buat style Grindhouse filem pembunuhan potong² orang yang kualiti Bad Movie dari negara Italy.

Gambar filem macam filem Suzzana Sundelbolong, filem ini ada pengemarnya tersendiri. Kemudian saya hasilkan filem pendek 'Hadiah Istimewa' iaitu filem horror thriller juga. Kemudian buat filem Gambar Setan tajuknya Gambar Setan. filem ini tak dapat siap, kerana ada banyak masalah berlaku. Mungkin satu hari nanti kalau saya ada rezeki saya akan mengulangi semula.
saya banyak buat filem Horror dan thriller sebelum ini.


Kemudian saya buat dua filem pendek yang memupuk nilai-nilai murni untuk masuk bertanding DFKL under TV3 punya contest tak silap. Tajuk INSAN dan INKOAT dua filem ini cuma filem pendek short movie.


Kemudian saya timbul semangat balik. Saya buat animasi semula, animasi penuh berdurasi 1 jam lebih. Tajuk 'Rumah Untuk Di Jual' ini filem Horror grindhouse thriller juga tapi dalam bentuk animasi.

Kemudian short movie tajuk 'Future Warlord'. haa. Filem Ini menarik sikit sebab saya gunakan teknik CGI green screen filem yang macam ala-ala cyber punk, ada elements 80s action Hollywood. Tapi saya buat bentuk parody macam filem Kung Fury. Ini ramai pun pengemarnya.


Dalam masa COVID melanda ditahun 2020. Saya membuat satu filem Animasi Drama dengan berlatar belakang di tahun era 70an tajuk ANDAI ESOK TIADA LAGI. Filem ini sebenarnya baru diriliskan pada bulan Ogos tahun 2021 lalu. Selepas filem ini keluar baru saya mula menyiapkan filem Yunos Ishak Ejen 08 ini.


Filem ANDAI ESOK TIADA LAGI ni macam filem tahun 70an, tapi dalam bentuk Animasi.. Dia sama macam filem YUNOS ISHAK EJEN 08. Tapi dalam Filem ini dialog Kami lebih kepada filem 70an seninya macam filem lama² dia kira macam filem arahan arwah Jins Shamsudin lah, tajuknya, Esok Masih Ada, Menanti Hari esok. Kira macam tulah tapi Animasi sebab tu tajuk nya pun Andai esok Tiada lagi... hahahaha... Pun guna perkataan ESOK juga... hahahaha .. Berapa banyak esok daa.. Hahaha..

Selepas roh semangat dari filem Animasi ANDAI ESOK TIADA LAGI. Barulah saya menyiapkan filem Animasi terbaru YUNOS ISHAK EJEN 08. Berkisarkan tahun 60an.. Konon nak buat ala-ala filem Jalan Ampaslah.. hahaha..Maka siaplah filem Animasi terbaru YUNOS ISHAK EJEN 08.


Next projek?

Project akan datang sambungan Yunos Ishak Ejen 08 episod 'operasi borubudur.' Hahaha...

Amir Amirul - Ahmad Rais

Kali ini Yunos pergi ke negara seberang iaitu Indonesia. Yang menarik untuk filem next ini pelakon semua orang Indonesia. FIlem ini cakap dialek dalam Bahasa Indonesia pula. Cuma Yunos dan Miss L yang cakap dalam Bahasa Malaysia. Yang lain semua orang Indonesia yang belakon.. Penasaran bukan..?? 


Hahaha.. tapi kene Tunggu la film nya.. Apa pun Kita Kasi letup film Yunos Ishak ejen 08 ini dulu. Kemudian baru boleh buat sambungannya. Jalan cerita semua dah siap lengkap hahahaha... Tunggu time pembikinan je apa pun Kita kasi promosikan filem Yunos Ishak yang pertama ni.


Apa moment best dan tak best masa buat filem?

Pada saya semua best. Yang tak best bila sesebuah filem yang saya buat tak dapat disiapkan atau hilang sebab komputer rosak.  itu memang menguji kesabaran hati, Minda dan perasaan... Hahaha..


Apa harapan bro untuk filem Yunos Ishak ni?

Harapan saya, ingin berkarya dan orang kenal karya saya hasil sentuhan saya. Dan ramai orang tonton kasi share banyak-banyak support karya tempatan karya anak Malaysia. Dan dapat tempat dihati penonton dengan filem Yunos ishak ejen 08, juga filem-filem saya yang sebelumnya. Mendapat tempat dihati pengemar filem.


Ada plan nak masuk festival filem ke untuk filem ni?

Ada juga terfikir dan kawan saya pernah suruh join dalam festival filem. Inshaa Allah saya akan cuba nasib di sana untuk film Ini dan film saya yang lainnya. seperti ANDAI ESOK TIADA LAGI sebab filem Ini juga ada roh dan seninya tersendiri..

Playlist bro? filem, lagu, buku

Filem paling saya suka filem arahan P.Ramlee tajuk Pancha Delima dan filem Police Story 1,2,3 Jackie Chan. filem-filem Hong Kong lama-lama tahun 70an, 80an 90an dan filem melayu lama-lama, filem Hollywood lama-lama.


Lagu untuk saya sendiri Heavy Metal lah.. Sebab saya gitaris band Heavy Metal..
Untuk kerja atau buat duit. Muzik saya lebih universal semua muzik saya dengar dan saya kompose, termasuk lagu joget asli dan Keroncong.


Buku Pula banyak komik-komik lama lah.. saya jarang membaca novel, saya ni kartun, jadi saya lebih kepada komik . hahahaha..

YouTube filem Yunos Ishak

Last words

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada editor kerana beri ruang dan peluang untuk saya. Buat segmen interview saya ni. Saya sangat terharu sepanjang saya buat filem. Ini kali pertama saya di interview mengenai filem. Selalu interview pasal muzik saja. Ini kali pertama saya diberikan peluang sebegini, terima kasih untuk editor dan team editor. 


Tak lupa pada penonton film Ini dan bakal menonton filem ini saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sokong karya saya yang tak seberapa ni.


Tak lupa kepada Anda .. iya...  Anda lah yang sedang membaca temuramah ini siapa lagi.. hahaha... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca .


Salam muhibah dari saya Rexx ... I love you all .. muahhh.. Rock On Bebeh.. Oh yeahhh ...


Jangan lupa like dan subscribe filem kami di Seniman Jalanan Production YouTube channel.

Assalamualikum.. babai. 


Jom layan filem beliau dibawah ini

Post a Comment

Previous Post Next Post