Biar Betul? Kirt Hammert Kehilangan Porsche Gara-Gara Ini?


getty image


Kirt Hammett pernah melakukan sesuatu yang agak mengejutkan. Beliau pernah mempertaruhkan kereta Porschenya. Ianya adalah kerana beliau letak taruhan keretanya jika rilisan Metallica, Black album terjual sebanyak 10 juta. 


mangsa kejadian, Porsche. Ebay


Ianya cerita lama, bermula apabila pengurus tour mereka, Tony Smith berkata album Metallica akan datang (pada masa tu) iaitu Black akan terjual lebih 10 juta unit. Kirt cuma ketawa dan menjawab akan bagi kepada pengurus tersebut keretanya jika betul betul terjual sebanyak itu. 


Seperti korang tau, album tersebut meletup dan menunggu hampir 30tahun untuk meninggalkan carta Billboard 200. Lagi menarik pada tahun 2012,  The RIAA telah mengesahkan album tersebut mencapai 16 kali platinum dengan jualan 16 juta hanya di USA sahaja.


Demi kotakan janji, Kirt memberikan Tony Smith sampul surat yang mengisikan kunci Porsche 911. 


Tulah kirt, tak caya sangat kata orang lain. Dah hilang Porsche sebiji

sumber: Loudwire

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner