KB Pop Up kembali dengan dengan edisi ketiga. Satu event seni dan kontemporari. yang diadakan di Kelantan. Satu masa yang sesuai untuk anak muda berkumpul selain membeli stuff-stuff cam best. Dahlah jom baca interview dengan KB Pop Up ni.
Hi, khabar baik sobat :) Terima kasih kerana sudi interview KB Pop Up Market
Apa itu KB Pop Up?
KB Pop Up sebenarnya pada mulanya adalah gabungan kawan kawan yang menjual (bundle/preloved/karat ) di Bazaar Tuan Padang, Kota Bharu. Dan pada event pertama kali kami bergabung bersama KB LOOKER dan maka munculah KB POP UP MARKET
Siapa di sebalik event ini?
Disebalik even ini ada Saya ( Ben ) dan seorang lagi orang kuat ( Bux ) bux ni antara orang kuat buat gig ( haram atau halal ) di sekitar Kota Bharu =)
Apa tema untuk event ini tahun ini?
Tema tahun ini ada lah Markarrrr Day out. Seperti yang kalian tahu, di Kelantan terdapat banyak juga scene, contohnya seperti ( mods, indie, grunge, bundle etc) dan kami pilih tema ini kerana merasa kan bila lagi nak markarrr di tempat air cond kan? Haha nak pakai jacket, parka? Jaket kulit? Ini lah masanya.
Apa yang menarik tentang event ini?
Menariknya event ini kerana, selepas pandemic, ramai juga kawan-kawan yang minta kami buat kembali KB Pop Up market. Seperti yang kalian tahu, Kota Bharu adalah tempat bukan mudah untuk membuat event. So kali ini kami dah prepare agak awal, dari segi promotion dan permit.
Dan event ini lain daripada lain kerana, disinilah tempat nak berjumpa rakan rakansemarkar dari sekitar kelantan dan sambil-sambil layan "band" yang akan kami bawakan nanti
event dua tahun lalu |
Kenapa diadakan pada 25 dan 26 Feb di Giant?
Kami memilih tarikh pada 25/26 Feb kerana ia jatuh kepada cuti sekolah. 25th adalah hari jumaat dan 26th dah start cuti. Jadi amat sesuai kami memilih tarikh ini :)
Apa harapan untuk event ini nanti?
Harapan kami pada event ini ada berjalan dengan lancar serta para pengunjung boleh tepati SOP yang seperti kerajaan sarangkan.
Last words?
Last words. Jupo di Kb Pop Up Market vol 3 di Giant Tunjung. Bare jare jare timbul ni sobattttttt.
Post a Comment