Album Kali Ini Lebih Matang Dari Segi Penulisan Lirik-Des Panik!


Masih lagi penat-penat dengan tour mereka di JB tempoh hari, kali ni jom kita layan interview special dengan band Des Panik!


Assalmualaikum korang, apa khabar? First words?
Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah kami baik baik saja. Syukur kami semua masih sihat dan sudah mula kembali aktif main muzik bersama. Kami masih menjaga hubungan sesama ahli walaupun hampir dua tahun tak dapat nak bermuzik disebabkan pkp dan segala macam.


Macam mana tour dekat JB haritu? Citer sikit pengalaman korang?
Alhamdulillah sepak mula tour di JB dapat sambutan yang sangat baik. Kami dah perform di Johor beberapa kali sebelum ni dan JB memang tak asing lagi bagi kami. Sedikit sebanyak kami dah ada supporters di sana. Cuma, kami tak expect yang sambutan tour kami kali ini sebaik ini. Boleh dikatakan ramai juga yang datang untuk bagi support. Kami bawa 11 lagu di JB dan crowd yang datang sing along almost every song. Alhamdulillah, satu permulaan yang baik untuk tour kami.

kredit Qayyim Siddiq


Macam mana dengan sambutan album terbaru? Apa yang korang harapkan untuk rilisan terbaru ni?
Alhamdulillah album dapat sambutan yang baik. Masa hari pertama kami buka untuk preorder pun dah ramai yang order. Kami mengharapkan album kami ni dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun sound dalam album ni sedikit aggresif jika dibandingkan dengan EP kami yang sebelum ini, tapi identiti dan perisa Des Panik! tu kami masih kekalkan. 

Album kali ini lebih matang dari segi penulisan lirik. Dari segi muzik, selari dengan konsep album tu sendiri yang lebih kepada semangat, perjuangan, dan suara anak muda. Kami harap kami dapat sampaikan mesej yang baik dan memberi impak yang positif terhadap pendengar yang beli album ni. 



Persiapan untuk next tour, adakah korang akan melakukan sesuatu kelainan ataupun seperti di JB?
Untuk tour kali ini, kami buat persiapan mengikut lokasi yang kami akan perform. Mostly lokasi tour kalini kami dah pernah perform sebelum ni. So, kami ikut daripada pengalaman kami. Kalau tempat tu ramai crowd yang datang suka mosh and lagu-lagu keras, kami akan lebih mainkan lagu-lagu yang aggresif. Kalau tempat tu ramai crowd yang lebih sukakan santai, kami akan ubah set kami kepada lebih santai. Sebelum mulakan tour, kami memang dah practice and standby lebih kurang 15 lagu. So, may be kami akan ubah sikit setlist kami mengikut lokasi. 



Untuk 2022 ini apa yang korang rancangan selain album dan tour?
Untuk 2022, kami lebih fokus untuk promosi album. Selain itu, kami akan cuba untuk perform dan pergi ke tempat sebanyak mana yang boleh. Sebab Des Panik! memang band live. Dari awal kemunculan kami dalam scene muzik memang kami tak pernah putus perform live. Itu merupakan cara utama kami untuk dekat dengan crowd dan secara tak langsung dapat tarik peminat baru. So, kami mengharapkan akan banyak show yang boleh kami main tahun ni. 


Apakah pengaruh utama korang untuk rilisan ini? 
Sebelum dan semasa proses rakaman album Revolusi atau Kontrak ni, kami banyak dengar band-band punk rock seperti Green Day, Sum 41, Blink-182, dan Anti-Flag. So, memang tak dinafikan album ni banyak terinspirasi daripada band-band tersebut. 


Komen korang tentang gig pasca covid sekarang?
Alhamdulillah, kami sangat happy bila tengok music scene kita dah kembali aktif. Organizers dah makin rancak buat gig, bands dah mula perform dan touring, venues pun dah kembali beroperasi. Perkara ni memang sangat membantu dan membuka rezeki banyak pihak. Walaupun masih tak sama macam dulu di mana sekarang kita ada SOP yang perlu dipatuhi di gig dan event, kapasiti pun terpaksa dikurangkan, akan tetapi lebih baik daripada kita tak dapat buat gig langsung kan. Kami percaya kita semua akan perlahan-lahan kembali macam dulu. Apa yang boleh kita buat, kita buat. Kita sumbangkan sebanyak mana yang mampu untuk seni Malaysia.



Playlist korang sekarang?
Playlist kami berempat sekarang berbeza-beza. Mungkin disebabkan faktor usia yang semakin meningkat hahaha. Ada yang banyak dengar J-Rock, ada yang dengar Britpop. Masing-masing ada citarasa sendiri sekarang. Walaubagaimana pun, itu semua tak memberi apa-apa kesan terhadap muzik Des Panik!. Des Panik! sentiasa ada garis panduan tersendiri dari segi penghasilan karya atau lagu. 


Last words?
Kami nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua supporters, fans, kawan-kawan yang dah banyak support kami tak kira dari dulu, sekarang ataupun akan datang. Teruskan support kami supaya kami dapat teruskan perjalanan muzik kami. Kami sendiri akan terus berkarya dan sumbangkan sebanyak mana yang kami mampu untuk seni dan muzik Malaysia. Terima kasih kepada kugigran kerana sudi mengadakan sesi temubual bersama kami. Semoga lebih banyak lagi media seperti kugigran untuk support anak-anak seni tempatan seperti kami.


Post a Comment

Previous Post Next Post