kredit IG Sabri Yunus/Imuda |
Dua pelakon senior tanah air yang sangat berbakat besar, Imuda dan Sabri Yunus bakal hadir dengan koleksi menarik.
Sabri Yunus yang kini sibuk dengan karya terbaru Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti bakal berkerjasama dengan Abstrax Jingga. Rilisan t-shirt tersebut menampakkan wajah pelakon tersebut mengayakan t-shirt Thinker Studio.
T-shirt tersebut diriliskan secara terhad. Hanya sehelai t-shirt untuk seorang. Bakal dilancarkan pada 28/1/2022 di HQ Abstrax di Shah Alam.
Manakala Imuda pula akan bekerjasama dengan Sniika untuk melancarkan koleksi kasut bersama. Koleksi Imuda ini menggunakan tema sitkom popular yang menampilkan beliau sebagai teraju utama, Pi Mai Pi Mai Tangtu.
Setakat ini belum dinyatakan tarikh rasmi kasut Sniika dan Imuda ini. Yang pasti kemungkinan dalam masa terdekat.
Facebook Imuda |
Korang kena dapatkan koleksi daripada kedua dua pelakon hebat ini
Post a Comment