Siri doku terbaru The :Get Back mengundang persoalan kerana terlampau panjang. Siri yang akan disiarkan di Disney+ mempunyai tiga panjang dan berdurasi 2-3 jam setiap episod.
Mengulas tentang isu itu, Peter Jackson selaku pengarah menganggap bahawa perlunya memasukan Scene-scene yang penting agak diingati oleh peminat The Beatles.
Siri doku ini menampilkan beberapa adegan yang belum dilihat daripada filem arahan Michael Lindsay-Hogg, Let It Be dan sebagainya. Peter ketika proses penghasilan doku ini sedaya upaya memuaskan hati para peminat. Sudah tentu hasilnya akan bagus memandangkan Peter Jackson bukan sebarangan pengarah.
Sementara itu, pihak Disney tidak suka serta mahu memadam scene yang mempunyai carutan yang terdapat dibeberapa adegan. Namun Ringo Starr dan Paul McCartney membantah terhadap perkara itu. Peter menjelaskan kedua-dua lagenda itu menganggap hal seperti itu mengambarkan keadaan mereka ketika itu juga menampilkan hal yang sebenar.
Post a Comment