Tak sangka sampai “menjadi fenomena kepada kebangkitan scene indie”-Fariza Azlina Isahak

Peh dah setahun lebih interview dengan salah seorang pengarah Kami, Fariza Azlina Isahak dah dibuat. Sepatutnya interview ni untuk zine kugigran edisi Kami tapi tak dapat dibuat. Sedih weh. Korang baca dulu interview ni.

1: Assalamualaikum dan salam Malaysia Baru. Thanks kerana sudi menerima soalan dari 
Kugigran. First words?
Waalaikumsalam. Selamat sejahtera dan hello warga Kugigran. Terima kasih kerana sudi menemuramah kami. Maaf jawapan rojak BM & BI.

2: Boleh ceritkan sedikit tentang diri anda?
Nak cerita apa ya? Nama saya Fariza Azlina Isahak. Berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Effendee Mazlan berasal dari Taiping, Perak. 

3: Apakah perkembangan terkini anda?
Sibuk menulis cerita baru, mencari dana untuk cerita tak berapa baru dan mencari makan.
4: Apa komen anda tentang industri filem dan muzik sekarang?
Soalan yang paling susah nak dijawab. Kesimpulannya, Filem–dari segi produksi dan
“cosmetics” makin maju. Penceritaan dan perkembangan watak-boleh diperbaiki. Scene 
muzik “indie”, sihat walafiat. But wish they had more to say.

5: Macamana anda boleh terlibat dengan bidang perfileman Malaysia?
Panjang cerita sebab sebelum terlibat dalam bidang perfileman kami kerja macam-macam tapi foundation kami dalam produksi bermula dengan pengalaman bekerja di bawah arwah Jalil  Ngah menerbit Video M, sebuah rancangan muzik video untuk RTM. 

We learnt from the bottom up. Maknanya segalanya kami kena belajar on the job, segalanya kena buat - dari angkat barang, jadi drebar, editing, mengarah, scheduling, uruskan makan minum team, menulis, lighting, kamera, dsb.

Nak masuk dunia perfileman pula, kami berangan nak buat filem. Maka saya tulislah synopsis untuk filem KAMI. Tanpa pengetahuan saya, Fendi pergi tunjukkan sinopsisnya kepada Lina Tan. Lina Tan pula suka dan berminat untuk produce. Sambungan ceritanya sila lihat No. 11 & No. 12 Soalan tentang KAMI:
6: Macam mana anda boleh diberi tanggungjawab sebagai pengarah drama dan filem KAMI?
Sebab idea kami, cerita kami, hasil penulisan kami. Dan paling penting – our Producer Lina 
Tan believed in us to give us that responsibility.

7: Kenapa KAMI memerlukan dua tenaga pengarah?
Sebab buat kerja sorang-sorang je boring. Haha.

8: Siapakah yang punyai idea KAMI ini sebenarnya? 
Hmmm… senang cerita - dua-dua. Saya tulis synopsis cerita dan Fendi memberi pandangan.
9: Adakah KAMI ini ada kaitan dengan hidup anda ataupun Effendee Mazlan?
Not directly. Tapi kami menggunakan pengalaman pergi ke gig, pengalaman zaman remaja kami dan pengalaman rakan-rakan sebagai inspirasi.

10: Pemilihan pelakon, adakah lima pelakon utama KAMI ni memang pilihan utama? Atau ada pilihan yang pertama sebelum ditukar.
We held open casting sebab ada banyak watak-watak lain dalam KAMI. Tentang pemilihan pelakon utama pula - Nas-T sorang first choice kami. I saw him in Goodbye Boys and asked Fendi his opinion dan dia bersetuju he is Abu. Tapi seperti semua talent-talent lain yang datang audition Nas-T tetap perlu melalui proses ujibakat yang sama dan kami bernasib baik – dia pilihan yang tepat. Liyana 

Jasmay was recommended by our producer Lina Tan. Kami ada tengok dia dalam 
Castello and we already knew she was good but she still blew us away during auditions – dia seorang pelakon berbakat yang sangat intuitif. Untuk watak Sofie, kami telah memilih dua pelakon lain but things didn’t work out. Sorang tu atas sebab timing tak kena dan sorang lagi atas sebab-sebab diluar kawalan kami. Maka pencarian diteruskan and we found the lovely Juliana Evans. Zayanah datang ujibakat untuk watak Sofie tapi kami dapati dia lebih sesuai sebagai bubbly Adii.

Ali paling susah nak cari. Bernard Chauly ternampak Syarul Ezani somewhere (tak ingat kat mana) and told him about the open casting we were doing. He was the last person we saw on the last day of casting. And we were very worried sebab tak jumpa-jumpa sesiapa untuk membawa watak Ali. I wasn’t there for the audition sebab tengah sibuk menulis but Fendi and our team showed me the tape and we all knew he was Ali. 

Kesimpulannya, proses panjang but it was all a blessing in disguise because the final cast worked out the best. The natural chemistry they had between them, their physicality, etc. Trivia - Some of the talents we auditioned baru 
berjinak jinak nak berkecimpung dalam dunia lakonan dan dah jadi top stars sekarang. Seronok tengok perkembangan career mereka walaupun tak de rezeki nak bekerjasama menerusi KAMI. 

11: Kenapa lagu Meet Uncle Hussein dipilih sebagai lagu pembukaan Kami the series?
Credit has to go to Lina Tan our producer. She recommended them to us and collectively, we 
decided to use La La La Kerjalah for the series opening because of the energy of the song while Lagu Untukmu dipilih untuk dibuat music video to introduce the characters, the band and show.
12: Kenapa style KAMI The series memfokuskan kepada satu watak dalam satu episode?
Semasa menulis screenplay untuk filem KAMI, I got stuck, so Lina suggested I write the 
backstory for each character. When she read the backstories she liked them so much she came up with the idea to do the series first memandangkan kami tak de pengalaman langsung dalam mengarah naratif. I then decided to write the series non-linear because some of what the characters were going through happens in the same timeline. Sebab tu nampak macam ada scene-scene yang repeat. It goes back to the same timeframe but shows a different character’s point 
of view each time.

13: Yang mana shoot dulu, Series ataupun movie?
Plan utama – movie dulu tapi sebab tak de pengalaman langsung mengarah naratif maka kami shoot Series first. Again, another blessing in disguise - pengalaman mengarah Series KAMI helped prepare us to direct KAMI: The Movie.

14: Adakah korang sudah jangka kami The Series bakal menjadi fenomena kepada kebangkitan scene indie?
Deep down – yes. But more like a cult hit. Tak sangka sampai “menjadi fenomena kepada 
kebangkitan scene indie” la pulak. 

15: KAMI The Series juga memperkenalkan tentang terma zine, gig dan sebagainya kepada masyarakat umum. Komen anda?
Mula-mula susah nak convince Lina bahawasanya zine masih relevant sebab masa tu blogging was “the thing”. But we knew ada orang masih buat zine, cuma mungkin bukan menggunakan “collage” macam dulu-dulu tetapi dengan menggunakan illustrator atau photoshop. We wanted to capture the essence of the scene and the scene is not complete without the zines. Maka itu, zinelah yang menjadi pengikat persahabatan dan cerita KAMI. Sama juga dengan gig. 

16: apa yang anda rindukan tentang KAMI?
Segalanya.

17: Sudah lebih 10 tahun usia KAMI. Adakah anda setuju jika KAMI perlu ada sekuel seperti 
Gol & Gincu?
Susah nak kata. Dulu rasanya tak. Tapi memandangkan ada idea bermain dalam fikiran-teringin juga. Kalau boleh, we want to call it something else. Not KAMI.

18: kalau diberi peluang, adakah anda mahu mengarahkan kembali KAMI versi baru?
Tak 
19: Dalam lima lima watak utama tu, yang mana paling anda minat?
Semua

20: Adakah fanzine KAMI tu benar benar wujud?
Tidak. But I wish we kept the prop fanzines used for the Series and movie. Trivia – Fendi made all the KAMI zine covers. Tangan yang dilihat buat zine in the series opening – tangan saya. Haha.

21: Pesanan anda kepada peminat KAMI?
Be a responsible human being but don’t grow up.
“When you grow up, your heart dies”
- Allison, Breakfast Club
“Stay gold, Ponyboy. Stay gold”
- Johnny, The Outsiders
“Anger is an energy”
Rise, PiL

22: Last words?
Terima kasih sekali lagi kerana sudi interview kami. Terharu masih ada yang minat and teringat dengan KAMI. Keep on carrying on.
*Tonton Kami the Movie di Netflix sekarang!

Post a Comment

Previous Post Next Post