Patut diteruskan untuk mengembangkan lagi scene indie-Nas-T

Interview dengan Nas-T pun dah lama aku buat, dari tahun lepas lagi masa sebelum pkp. Patutnya nak buat zine special Kami tapi tak jadi sebab banyak hal. Korang layan je interview ni, jangan lupa layan Kami The Movie dekat Netflix.

Assalamulaikum Nas-T dan thank kerana sudi menerima soalan daripada Kugigran? Perkembangan terkini anda?
Wasalam warahmatullah..Sekarang ini saya tengah dalam process pembikinan filem aksi military yang akan berada di pawagan pada 2020 nanti dan pada masa yang sama saya baru sahaja menyiapkan single ketiga saya dengan Ash dari Massacre Conspiracy yang akan di release kan tak lama lagi. (Bukan biasa-biasa ni-ed)

Boleh ceritakan kembali perasaan anda apabila menerima tawaran sebagai Abu dalam series kami?
Sebelum saya mendapat tawaran watak Abu, saya dan pelakon yang lain harus menjalani ujian casting terlebih dahulu. Masa itu saya niat saya hanya untuk suka-suka try dan apabila di tawarkan watak Abu, saya rasa macam tak percaya kerana semasa casting itu saya hanya berlakon menjadi diri saya.
Bagaimana persiapan anda dalam menjayakan watak Abu tu?
Semua pelakon Kami di beri acting class terlebih dahulu untuk membina chemistry and untuk memantapkan lagi karakter kami dan apa yang jadi di set semua adalah magic.
Apa komen anda tentang watak Abu ni?
Abu adalah seseorang yang rebel atau anti-hero. Satu karakter yang permainannya sangat luas kerana dia tidak dikongkong dan dia berdiri di atas landasannya sendiri.

Adakah sebelum ini anda mengetahui tentang scene indie di Malaysia?
Semestinya! Walaupun saya seorang dj tetapi saya pernah beraksi di dalam sebuah band rock metal bernama Dragon Red terdahulu.
Apa yang paling anda rindukan tentang Kami?
Saya rindukan aura dari cerita kami ke masyarakat. Zaman itu boleh dikatakan adalah zaman paling gemilang dalam hidup saya sebagai seorang pelakon.
Anda setuju jika Kami banyak membuka jalan kepada indie band selain memperkenalkan indie scene kepada umum?
Setuju! Sebelum Kami, boleh dikatakan scene indie mendapat impak negative sampai ada gig yang dirush oleh pihak polis kerana ada segelintir yang memikirkan ia membawa gejala buruk pada masyarakat.

Perlu ke ada Kami the series musim terbaru?
Kalau soalan ini dituju 11 tahun yang lalu, mungkin saya akan katakan ia patut diteruskan untuk mengembangkan lagi scene indie. Tetapi sekarang ini kami pelakon semua dah dewasa dan ia agak terlambat dan kalau ia mahu diteruskan. Pihak produksi harus memberi peluang kepada generasi yang lebih muda untuk memikul tanggaungjawab ini. (Yang ni saya setuju-ed)

Pesanan kepada peminat setia Kami
Terima kasih kerana menyokong filem kami dan local indie scene. Much love from Abu!

Anda setuju dengan ending filem Kami itu? Kerana ramai juga yang sukakan watak Abu tu.
Ending cerita Kami harus ditamatkan sebegitu kerana ia lebih memberi impak kepada penonton. Sampai sekarang orang ingat Abu kan? (ye saya pun masih ingat tentang Abu Cuma sedih dengan scene last tu-ed)

Post a Comment

Previous Post Next Post