Salam PEKIK thank kerana sudi menjawab soalan dari Kugigran, sape yang wakilkan Pekik ni? First words?
Hi Kugigran. Thanks kerana sudi menginterview kami team PEKIK ni. Saya, Fareeq Alias, Producer/Director yang bertanggungjawab dalam produksi dan jenama PEKIK ni.
Start projek PEKIK ni bila lagi? Kenapa nama pekik? Siapa disebalik PEKIK ni?
Actually projek PEKIK ni bermula dari tahun 2014 lagi. Memang saya dah lama bercita-cita nak mendokumenkan sejarah scene muzik independent tempatan dalam bentuk filem dokumentari. Jadi sebagai permulaan, pada tahun Jun 2014, kita mulakan langkah pertama dengan menganjurkan gig PEKIK di Alt HQ KL. Band yang main pada masa itu antaranya OAG, Subculture, Infectious Maggots & SOG.
Namun selepas gig itu dianjurkan, kami mengalami sedikit kekangan terutamanya dari segi faktor kewangan yang seterusnya membantutkan usaha awal kami ini. Namun saya still lagi menyimpan hasrat untuk meneruskannnya jika diberi peluang. Alhamdullilah, pada tahun ini 2021, dengan sokongan dari MyCreative Ventures, usaha untuk menerbitkan PEKIK ni akhirnya dapat direalisasikan.
Kenapa PEKIK? Actually mengambarkan luahan rasa dengan lantang serta kebebasan berkarya pemuzik independent yang mempunyai stand masing-masing yang tersendiri tanpa perlu terikut-ikut dengan norma arus perdana. It's like a shout on what u stand for against the norm.
Siapa disebalik PEKIK? It's myself yang create PEKIK ni dan saya sendiri aktif dalam scene ni sekitar tahun 1999-2006 bersama band saya pada masa itu, iaitu X-cited Screamers. 1st gig saya di kelab dangdut La Viva di Ampang Park pada tahun baru 2000 dan yang terakhir pada Rock The World 7. Selain aktif dgn band, saya juga sering menganjurkan gig di sekitar KL bersama rakan-rakan scene pada masa itu.
Saya juga pernah menjadi journalis di majalah ROTTW dan Dragon Magazine. Team yang dibentuk untuk menghasilkan PEKIK ini pula adalah rakan-rakan scene yang masih lagi rapat sehingga hari ini antaranya dari band-band seperti Private Whizz, Auburn, Strikeout, Nadia's Picture Show & Motherland.
Boleh ceritakan sinopsis Pekik ni?
PEKIK adalah sebuah filem dokumentari yang berlatarkan persekitaran scene muzik independent tempatan dari kaca mata penggerak scene itu sendiri yang terdiri daripada pemuzik, penerbit, penganjur, penulis dan juga peminat. PEKIK akan memuatkan temuramah dan futej persembahan live pemuzik independent sejak pergerakan ini dimulakan sehinggalah ianya menjadi satu fenomena baru yang memeriahkan lagi industri muzik tempatan.
PEKIK cuba menyangkal mitos negatif yang sering dikaitkan dengan sebahagian pemuzik independent. PEKIK juga cuba menyelami kehidupan pemuzik-pemuzik independent ini untuk lebih memahami perjuangan dan pengorbanan mereka di dalam industri muzik. Dari genre muzik hardcore/punk sehinggalah muzik pop yang mesra radio, semuanya akan diketengahkan di dalam dokumentari yang pertama seumpamanya di Malaysia ini.
Berapa lama proses penghasillan pekik ni?
Sepatutnya, kalau di ikutkan rancangan asal, pada waktu ini, PEKIK dah siap dah. Tapi disebabkan PKP yang berpanjangan sebelum ni, production tak dapat dimulakan. Kami cuma dapat memulakan kerja-kerja produksi pada bulan September 2021. Kami start dengan shoot dalam studio dulu (live performance & interview) dan seterusnya bergerak untuk shoot di luar studio pula. Kami menjangkakan filem dokumentari ini akan dapat disiapkan sepenuhnya pada suku pertama 2022.
Band apa je yang terlibat dalam doku pekik ni? Kenapa mereka terpilih?
Actually kami cuba memuatkan seberapa banyak band yang boleh dalam PEKIK serta mempelbagaikan genre muzik yang ada dalam PEKIK ini. Dari indie pop ke reggae ke punk ke hardcore ke metal, semua kita cuba cover. Namun dari segi content utama, kami cuba memastikan nama-nama besar dalam scene seperti Aru, Radhi, Loque, Fathul, Abg Rom wajib di interview untuk dimuatkan dalam PEKIK. Band dan individu ini dipilih sebab mereka dah lama dalam scene since the early days and still lagi aktif hingga hari ini dan banyak contribution mereka dalam scene.
Bila agaknya doku ini akan rilis? Nanti nak tengok dekat mana?
InsyaAllah akan dirilis sekitar 2022. Nak tengok kat mane? Most probably dalam mana2-mana online streaming platform yang ada kat Malaysia ni. Netflix ke Mubi ke Viu ke, tak sure lagi. For now kita just focuskan untuk siapkan dulu docu ni.
Pasal album kompilasi? Berapa banyak band yang terlibat? Macam mana plak proses penghasilan album ini.
Selain lagu tema, album kompilasi ni ade 16 lagi band/performer yang turut serta. Sebahagian lagu-lagu ini dirakam secara live di studio kami, Stereo Pixels Studio. Rakaman audio dan video dilakukan serentak dan akan diselitkan di dalam dokumentari PEKIK nanti. Sebahagian lagi adalah lagu yang sudah siap dirakam oleh band-band yang terlibat.
Band/Performer yang terlibat adalah Auburn, Azmyl Yunor, Couple, Dead Mushroom, Dish, Francis Wolf (Spunky Funggy), Glasswar, King I & The EasyBabaSound, Motherland, Naratu, Nervedeless, Private Whizz, Restraint, Strikeout, Upon Arrival dan X-cited Screamers.
Kenapa Radhi & Tam Blind Tribe dipilih untuk nyanyi ost PEKIK?
Apa harapan korang untuk PEKIK ni?
Actually niat asal saya hanyalah nak mendokumen sejarah movement ini dalam satu bentuk audio visual yang dapat menjadi rujukan kepada generasi-generasi akan datang. Harapnya, usaha yang tidak seberapa ini boleh memberikan kebaikan secara langsung atau tidak langsung kepada scene muzik independent tempatan.
Apa komen korang tentang scene dulu dan sekarang!
Setiap zaman ada kehebatannya yang tersendiri, ada 'best'nya yg tersendiri and if u ask me, aku prefer scene dulu. Dulu gig tak banyak, bila ada gig akan jadi meriah sangat. Furthermore information & materials nak dapat dulu agak susah. So bila kita dapat something yang cool & best, kita akan appreciate sangat. Kalu kaset tu best, kita akan dengar sampai tali kaset tu putus! Cover kaset pula kita duk belek-belek sampai terkoyak. Brotherhood dalam scene ni best, sampai ke tua pun still ade ikatan brotherhood tu.
Walaupun aku prefer scene dulu, tapi scene sekarang ade jugak bestnya...i.e: musicians indie zaman sekarang ni makin tere-tere coz depa dah dapat exposure lagi awal & lebih mudah thru internet.
Apakah formula untuk memastikan scene indie sentiasa hidup sampai bila-bila?
No specific formula i guess. Tapi yg penting, independent musicians kene keep on doing it...from generation to generation. Kene keep on producing products/materials for the followers. I mean if ko nak earn Ringgit thru music, ko kene keep producing new materials yang berkualiti, yang buat orang happy/ angguk kepala bila dengar lagu ko. Kene trust diri sendiri. Coz music industry ni macam satu cycle. Sekarang dekat msia mungkin k-pop tengah menakluk industry, tapi satu hari nanti, bands/indie musicians akan duduk kt atas balik. Macam zaman sekitar 2008, sampaikan Anugerah Juara Lagu (AJL) pun Estranged & Meet Uncle Hussain boleh tapau.
Faktor lain macam media pon memainkan peranan untuk educate the listeners dengan good music agar indie musicians ni mendapat exposure yang sewajarnya kepada umum. Media especially radio station should teach their listeners on what is a good music, rather than they listen to their listeners.
Playlist korang untuk bulan ni? Lagu, filem, buku, etc
Playlist PEKIK ! Coz kitaorang tengah duk nak finalizekan lagu-lagu dalam tu so hari-hari dengan bende yg sama!
Preorder PEKIK Merchbox👇👇👇
http://pekik.stereopixels.com/
Post a Comment