1: Assalamualaikum Nico G, thank kerana sudi terima soalan dari kugigran. First word?
Waalaikumsalam. Terima kasih kepada Kugigran kerana sudi menemuramah NICO G. Kami mohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menerima pelawaan ini kerana jadual yang agak ketat sebelum ini.
2: Perkembangan terkini Nico G?
Alhamdulillah baru-baru ini kami telah melancarkan ‘Black Edition Vol. 1’ yang menampilkan dua lagu pertama yang bakal dimuatkan dalam album ‘Black Edition’ yang akan dikeluarkan sepenuhnya pada Februari 2020 nanti.
Black Edition mengandungi enam buah lagu keseluruhan merupakan sebuah projek album kolaborasi antara NICO G dengan enam orang produser daripada komuniti Hip Hop tempatan. Setiap produser akan bekerjasama dengan NICO G untuk menghasilkan sebuah lagu setiap seorang dan untuk Black Edition Vol. 1 kami menampilkan lagu berjudul ‘KGB’ hasil kolaborasi NICO G dengan SXPH daripada AMPG Worldwide dengan lirik tulisan bersama NICO G, SXPH dan DelaFlare.
Lagu kedua pula berjudul ‘Siaga’ yang bermaksud siap sedia telah dicipta oleh NICO G dan Sabbala daripada kumpulan Lawalah Familia manakala liriknya ditulis bersama oleh NICO G dan tiga orang ahli Lawalah Familia iaitu Sabbala, KC dan Muariffah.
Pada bulan Disember nanti kami akan keluarkan Black Edition Vol. 2 yang turut menampilkan dua buah lagu sebelum mengeluarkan album penuh pada Februari 2020 nanti.
3: Apakah maksud Nico G? Adakah Nico G berbeza dengan Nico yang dulu?
Pada tahun 2010 NICO G telah kembali aktif setelah berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada pekerjaan dan perniagaan masing-masing. Nama NICO G adalah satu usaha penjenamaan semula bagi memberitahu kepada orang ramai bahawa kali ini kemunculan kami akan lebih menggegarkan dan meninggalkan kesan kerana bukan Nico sahaja yang menyanyi malah dua lagi ahli kumpulan ini iaitu Affa dan Dino turut menyanyi (rap) dalam setiap lagu.
NICO bermaksuk: Network International Chicanos Organization manakala G bermaksud Group.
4: Apa yang membuatkan Nico G terus bertahan dalam industri muzik Malaysia?
Minat kami yang mendalam untuk berkarya dan menghiburkan orang ramai serta kerja keras kami di awal kemunculan NICO G. We are brothers for life. Kami sering mengamalkan keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan NICO G dan kami bersatu kerana kami sayangkan satu sama lain serta minat kami dalam dunia seni.
5: Apa pendapat pendapat Nico G tentang scene Hip Hop terkini dan dahulu? Ada beza ke?
Pastinya banyak perbezaan, Perjuangan kami dalam dunia seni tidak mudah kerana kami berdepan dengan peminat-peminat muzik Rock dan Dangdut yang cukup kuat sewaktu kami mula-mula muncul dahulu. Kami pernah digam daripada muncul di kaca televisyen dan dicemuh kerana bercakap (rap) dalam lagu. Lagu kami juga pernah digugurkan daripada pencalonan anugerah kerana tidak diterima sebagai sebuah muzik. Tetapi kami berbangga kerana hari ini muzik Hip Hop diterima ramai dan sudah diangkat setaraf genre muzik yang lain malah kerap menjadi persembahan utama bagi acara-acara berprestij.
6: Apa pendapat Nico G tentang artis/group hip hop baru seperti K-Clique, Aman Ra dan yang lain-lain.
Kemunculan artis-artis baharu ini menunjukkan bahawa perjuangan kami sejak awal tahun 90an tidak sia-sia kerana selepas lebih dua dekad muzik Hip Hop masih kekal dalam industri seni Malaysia dan ini amat membanggakan kami.
7: Apakah pengaruh utama Nico G dalam muzik? Adakah rappers2 lama seperti NWA, 2pac, dan yang lain lain.
Pada zaman dahulu kami memang banyak merujuk kepada cara dan gaya rap penyanyi antarabangsa seperti NWA, Snoop Dog, dan sebagainya namun kami sesuaikan mengikut penerimaan pendengar-pendengar tempatan agar muzik kami tidak terlalu jangal didengar.
Kini kami lebih banyak mendalami dan memahami muzik Hip Hop tempatan untuk kami jadikan rujukan dalam menghasilkan lagu-lagu kami agar karya yang kami siapkan tidak terlalu jauh daripada apa yang diterima masa ini dan tidak pula mundur.
8: Boleh ceritakan tentang scene rap pada era 90an dulu?
Rap di zaman 90an berdepan dengan banyak cabaran daripada muzik-muzik lain seperti Rock dan Dangdut. Kami sering ditentang dan dicemuh kerana muzik kami berbeza daripada apa yang sering dihidangkan kepada pendengar-pendengar muzik tempatan. Namun kami tidak pernah putus asa untuk terus berkarya dan sentiasa memberikan kelainan agar muzik Hip Hop terus berkembang.
9: Gaya dan style Nico berbeza dengan group rap ketika itu seperti 4u2c dan KRU. Dari mana korang ilham dalam membuat penampilan?
Imej kami banyak dipengaruhi drama dan filem Chicanos (Mexican-American) pada zaman itu seperti Blood In Blood Out yang memang kami minati. Gaya itu kami sesuaikan mengikut citarasa kami tersendiri agar ia tidak lagi daripada identiti kami. Setiap persembahan yang kami adakan kami akan buat persediaan awal dari segi tarian, gimik dan pakaian agar setiap persembahan kami memberikan pengalaman yang unik di mata penonton-penonton.
Untuk album Made in Los Angeles, Nico telah ke sana selama tiga bulan bagi menghasilkan lagu. Daripada 30 buah lagu yang dihasilkan Hanya 11 lagu diterima untuk dimuatkan dalam album pertama itu. Memandangkan rakaman turut dibuat di L.A. jadi produksi semua daripada sana termasuklah penyanyi suara latar yang diambil untuk lagu Inilah Nasibku merupakan seorang wanita America yang tidak faham tetapi Hanya menyanyikan rangkap “mengapa kamu, mengapa jadi begitu”.
11: Selepas menghasilkan tiga album, Nico menyepi dan kemudiaannya muncul semula dengan album Ops Kecoh! Kenapa begitu lama menyepi sebelum munculnya album keempat?
Memberi tumpuan kepada keluarga, pekerjaan dan perniagaan masing-masing.
Ops! Kecoh merupakan special project bagi Nico manakala Affa dan Dino telah muncul dengan special album yang menampilkan mereka sebagai Option 1.
13: Apakah pengalaman pahit manis korang sepanjang berada dalam industri muzik?
Pahit: Lagu NICO G pernah digam daripada dimainkan di semua radio di Malaysia.
Manis: Lagu Inilah Nasibku dicalonkan dalam MTV Asia, Hong Kong serta beberapa anugerah tempatan termasuk separuh akhir Muzik-Muzik.
14: Apakah faktor utama seseorang artis/kumpulan dapat diterima oleh masyarakat?
Dengan internet masyarakat lebih terdedah dengan pelbagai jenis muzik dan selera pendengar berubah mengikut peredaran muzik semasa. Jadi dalam berkarya kita kena sajikan peminat-peminat dengan karya yang mereka mahu tetapi diselitkan juga identiti muzik kita yang tersendiri.
15: Adakah dengan adanya media social seperti facebook, Instagram dapat membantu karier seseorang artis/kumpulan?
Trend masa kini memamgn memerlukan seorang artis itu untuk aktif di media sosial kerana ia mendekatkan lagi artis itu dengan peminat-peminat. Artis harus bijak untuk menggunakan platform ini untuk perkembangan karier seni mereka agar ia seiring dengan populariti di media sosial dan tidak sekadar memaparkan kehidupan mereka tanpa sebarang karya untuk dipasarkan.
16: next plan?
Kami sedang gigih menyiapkan lagu-lagu untuk Black Edition yang masih berbaki tiga buah lagu lagi. Selepas itu kami akan mula buat persediaan untuk showcase yang akan diadakan serentak dengan pelancaran album Black Edition pada Februari 2020 nanti.
17: Last word?
Terima kasih atas peluang yang diberikan ini. Kami mendoakan semoga semua pecinta seni tanahair akan terus menyokong kami sehingga ke akhirnya dan buat penggiat irama Hip Hop, kami doakan semoga terus menghasilkan karya-karya bermutu agar irama Hip Hop kekal diminati di Malaysia.
Post a Comment