Kugigran isu pertama: Interview bersama Hullera



Assalamulaikum dan thank you kerana sudi menerima soalan daripada Kugigran. First word?
Waalaikumusalam, terima kasih Kugigran kerana sudi memberi soalan untuk saya.

Apakah maksud nama anda, Hullera?
“Hullera” sebenarnya datang dari nama “Gilera” which is a scooter brand. Back in 2003, it was a trend in Johor to own the scooter and customize it. My uncle had one, setiap petang dia akan bawa saya dan adik-beradik saya ambil angin. We all loved that scooter so much, kami decide untuk guna Hullera as our family name.



Apakah yang menyebabkan anda jatuh cinta dengan Hip Hop?
When it comes to music, there is no in-between for me. Saya dengar pelbagai genre – from Jazz, to EDM, dan juga Rock. In Hip Hop, beats can change, rhymes can change, flows can change. Tapi apa yang membuatkan Hip Hop istimewa adalah kebebasan untuk bersuara. Setiap apa yang saya nampak, rasa, dan dengar akan tertulis di dalam buku untuk dijadikan sebuah lagu. And I do this in hopes to inspire the youth, especially women to speak up in what they believe in.

Bagaimana anda menajamkan skill rap anda hingga menjadi padu seperti sekarang?
Practice. A lot. That’s all it takes.

Anda dari Bukit Jelutong(BJ) bukan? Apa yang special tentang BJ? Macam mana dengan scene Hip Hop di BJ?
Ye saya, I grew up in BJ. Apa yang special tentang tempat ni is that it makes me feel like home. The environment, the people. I feel safe here. Paling penting sekali persahabatan yang saya ada dekat sini takde dekat tempat lain, kami membesar sama-sama, susah dan senang bersama. We did everything together. Me and Ilyas Konlay even did a song calledBJ in my DNA”. Bukit Jelutong ni ibarat kampong dekat bandar, everyone knows everyone. No matter how much we fight, at the end of the day we’re still family and nothing can change that. Budak-budak BJ memang takde chill. Tahap maju scene Hip-Hop di BJ sekarang, kalau budak sekolah bergaduh, mereka dah tak bertumbuk, tapi mereka buat diss track. Lucu, but I guess it’s cool if there’s a healthy competition among them. Instead of beating up each other baek lu buat something better.

Benarkah Panadol Freestryle ditujukan kepada Zizi Kirana?
Saya dengar banyak mulut yang mengatakan lagu ni ditujukan untuk Zizi Kirana. Lucu juga saya yang buat lagu mereka yang buat konklusi. Tapi tidak, saya cuma guna line “siapa yang bap-bap, siapa yang dap-dap” because it’s catchy and it blend in well with my flow. Why not right? Tapi saya tak salahkan sesiapa untuk berfikir sedemikian, kalau lagu ada drama baru seronok untuk didengar.

Bagaimana anda dijemput ke rancangan 16 Baris? How you feel about this show?
Saya diberitahu oleh Yaniz Merican (Joe’s manager) yang saya dijemput ke rancangan ini melalui Instagram. Saya rasa bersyukur dan teruja kerana berkesempatan untuk kongsi seni saya di bawah platform 16 Baris.

Macam mana anda diundang oleh rapper Indonesia, Ramengvrl untuk lagu Bad Minah?Adakah anda mengenali beliau sebelum lagu ini?


Ramengvrl saw my video on 16Baris, and she said she loves my flow and the way I rap catches her attention. So she found my Instagram, dm me right away and asked if I wanna collab with her for the new mixtape, New Bethany. Bad Minah is produced by Holy. So, I agreed and we get to work. Sebelum terjadinya lagu Bad Minah, saya memang follow Ramengvrl di Instagram to keep updated about her artwork. She’s one of the femcee that I look up to cause she has that originality and her personality is fun.  Even when I met her the first time in Jakarta, she treated me like her sister. I wanna thank Juni Records for making things smooth for this project. We will perform Bad Minah for the first time at Asian Sound Syndicate in Jakarta bersama Gray, Simon & Dominic, DPR Live, Crush, and Tuan Tiga Belas.

Adakah anda setuju yang scene hip hop sekarang mendapat sambutan daripada masyarakat?
Setuju, salah satunya ialah K-Clique. Selama ni masyarakat asyik cakap ‘Hip Hop ni adalah budaya barat dan membawa negativiti untuk anak muda”. But they managed to prove people wrong and bring the originality in both sound and style. And look at them now, they really really deserve the support that they’re getting. Tapi bagi saya impak yang paling besar di Malaysia sekarang adalah Joe Flizzow’s 16Baris. With millions of views, 16Baris berjaya sediakan platform untuk pelapis baru - memberi peluang untuk mereka mencipta nama. In return, mata-mata diluar sana sedar akan bakat yang ada pada anak-anak muda macam kami.

Bila menulis lagu, adakah anda memikirkan beat dulu atau lirik dulu?
I vibe with the beat first, get the right flow to use, then I write my lyrics. Sebab kalau lirik padu tapi flow tenggelam, tak jadi. Kalau flow best, lirik kosong tak best juga. I learn to balance these two to get a great outcome.



Macam mana anda mengekalkan stamina anda kerana menyanyikan lagu rap bukan mudah?
Saya praktis macam Beyonce. Lompat-lompat, jerit lirik saya dan bermimpi sambil menyanyi. Pada masa yang sama, saya cuba ingat lirik sendiri sebab saya ada short term memory loss.  Oh, dan juga exercise. Fo’ real.

Playlist anda sekarang? Album, filem, buku, makanan?
Saya takde specific playlist. I listen to whatever I wanna listen depends on my mood. Most of the time I watch cartoon sebab ia buka ruang untuk saya berimaginasi. My favourite novel so far is “The Subtle Art of Not Giving a Fu*k”. Makanan kegemaran saya Asam Laksa cili padi lebih dan Bihun Sup sambal lebih.

Di kalangan rapper wanita, siapa bagi anda adalah pencabar bagi anda?
My only competition is MYSELF.

Ceritakan sedikit tentang single Biarkan. Bagaimana proses penghasilan lagu ini sehingga penghasilan muzik video?
Apa yang saya cuba nak sampaikan dalam lagu Biarkan ialah tentang keazaman. Kemampuan untuk mencuba lagi selepas jatuh beribu kali, untuk tidak berputus asa atas impian sendiri dan mengendahkan apa kata orang di luar sana. Selagi kita mampu, dan percaya, biarkan apa orang kata. The only thing you have to focus on is your DREAMS and YOURSELF. Dan jika kita berjaya, jangan pernah lupa dari mana kita datang dan siapa yang ada dengan kita dari hari pertama.  Proses lagu Biarkan agak pantas bagi saya kerana kami mampu siapkan lagu yang di produce oleh Sabbala dan Gjie dalam masa sebulan termasuk music video yang di direct oleh Ghazi Maslan.

You next plan?
Buat masa sekarang saya sedang usahakan lagu Minah Gerek, dan single yang lain. I’m really excited to tell that I’m gonna be in a song with my sisters, Arabyrd and Sophia Liana, it’s called Buat Hal. Yang lain, I want it to be a surprise. But any updates about my plans I will share on my Instagram.

Last word?
Terima kasih Kugigran memberi peluang untuk saya berkongsi pengalaman di sini. Shout out to all my Minah Gerek kerana terima saya seadanya dan sokong perjalanan saya dalam scene, big ups to LOKA Records for being such a great team. Saya doakan yang terbaik untuk semua, semoga apa yang kita impikan akan tercapai. InshaAllah. Assalamualaikum and Thank You!




Post a Comment

Previous Post Next Post