Ulasan ringkas 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 aka Empayar Lawak.

Ini dia senarai 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 aka Empayar Lawak. Ada yang sudah bergelar juara, da nada yang banyak kali dah masuk, masuk lagi kali ini. Apapun harapnya MLM kali ini lebih memberi kepuasan kepada penonton. Harap lantik juri yang cun cun ya.

Maharajalawak Mega akan bersiaran mulai 17 Feb 2017. Setiap Jumaat jam 10 Malam.

Bocey (Abam, Achey dan Fad)

Selaku Juara bertahan, mungkin mereka sekali lagi akan mengegarkan pentas Maharaja lawak Mega. Mungkinkah aka nada juara bertahan MLM selama dua musim?

Abioso (Amin, Sarip dan Mama)

Hanya pelengkap? Mungkinkah akan mencipta kejutan atau sebaliknya kecutan? Nantikan sahaja.

Danial

Selaku juara Lawak Solomusim pertama, sudah tentu tiada masalah buat Danial untuk bertarung dalam pentas MLM. Mungkin akan ke Final.

Dzawin


Peserta dari Indonesia.Dilihat dari posisinya boleh tahan juga dia ni. Apapun Dzawin kena banyak buat komedi yang dekat dengan masyarakat Malaysia untuk kekal dalam MLM. Harapnya boleh buatlah.

Hobit (Amir, Bocil, dan Din Lawak Solo)

Dream team ni. Gandingan trio yang sepadan. Boleh jadi trio yang paling dangerous dalam MLM kali ini.

Joras (Rahim, Joey, Shiro)

Naik juara musim lalu. Adakah kali ini mereka akan merampas kejuaraan dari Bocey ataupun tersingkir awal? Harap trio ini konsisten.

Mad Sabah

Naik Juara Lawak Solo. Harap janganlah buat lawak pasal tempat dia lagi. Pentas MLM besar.

Mamu (Ajo dan mamu)

Dah banyak kali dah masuk MLM. Harap diorang adalah peningkatan sikit. Kali ini kembali berdua, tiada lagi Ezam Exists.

Masin (Mamat, Vicha, dan Jiggy)

Sekadar pelengkap jadual MLM.

Nice (Ropie, Achong dan Tauke)
New trio, new kombinasi. Harap tak menjadi seperti group Virus dulu.

Pistol (Raja Azriel dan Ag Hafiz Lawak Solo)

Tidak pasti apa kehebatan dorang kerana ni kali pertama mereka berdua bertag team.

Puteh (Mamk dan Ali)

Finalis tahun lepas. Rasanya tag team ni macam tak akan ke final je.

Shiro (Ajak dan Shahrul)

Shiro kembali semula. Kalau mereka konsisten mungkin boleh bertahan lama sampai ke separuh akhir.

XOXO (Wan Gegau, Wan dan Chot)

Xoxo ada lagi. Kali ini adanya Wan Gegau mungkin mampu menajamkan lagi punchline team ini. Satu strategic yang menarik.

Zero

Selaku juara dua musim lepas, mungkin menjadi beban kepada Zero untuk menjadi juara musim kali ini. Dengan banyak peserta, mungkin peluang ke final semakin kecil.



Itu dia 15 peserta MLM 2017. Korang sokong yang mana? Sila tinggalkan komen korang di bawah ya.

Post a Comment

Previous Post Next Post