Anda tidak suka filem-filem
keluaran MIG? Sering dimomokan dengan filem keluaran MIG adalah teruk. Kali ini
jom tengok 10 pilihan filem terbaik filem keluaran MIG.
10-Suatu masa dahulu cinta (2013)
Pengarah: Hashim Rejab
Pelakon: Niezam Zaidi, Intan
Ladyana, Wawa Zainal, Zalif Sidek
Key of success is Nostalgia. File
mini memainkan elemen nostalgia persekolahan era 90an! Mengisahkan Zainal (Pierre
Andre) yang mengalami kauseling sebab ada masalah perkhawinan. Dia terimbas
kembali kenangan sekolah dia dulu (versi Zainal pula lakonan Niezam Zaidi).
Ramai yang dah lupa dan tak tahu pasal filem ni. Namun filem ini masih berbaloi
untuk ditonton. Siap ada twist lagi :D
9-Sniper: Nyawa atau nyawa (2014)
Pengarah: Pierre Andre
Pelakon: Fadlan Hazim, Mikael
Andre, Pablo Amirul
Filem aksi arahan Pierre Andre.
Sebenarnya filem ni boleh lagi hebat citer banyak watak yang menyertai
permainan gila sniper ni. Ini tiga orang je. Walaubagaimanapun filem ini masih
lagi boleh memberi kepuasan. Lakonan pelakon baru (pada masa ni) Fadlan Hazim
boleh dipuji.
8-Budak Pailang (2012)
Pengarah: Hashim Rejab
Pelakon: Aeril Zafrel, Wawa
Zainal, Niezam Zaidi
Filem ni filem gangster remaja.
Apa yang menariknya? Elemen pertarungan ala wrestling yang cukup baik. Aeril
Zafrel menunjukan lakonan yang memberangsangkan dalam filem ini. Boleh kira filem
aksi tempatan yang cukup baik.
7-Kaki Kitai (2014)
Pengarah: Azaromi Ghazali
Pelakon: Shaheizy Sam, fezrul
Khan, Farid Kamil.
Shaheizy Sam ada lagi dalam filem
keluaran MIG dan yang sedihnya ni filem terakhir beliau dengan MIG. Apa atau
tidak, filem ni memang cukup menghiburkan! Cerita pasal Ayoi (Fezrul Khan) yang
bodoh bodoh alang datang ke KL dan disambut oleh member dia, Din/Grenggo (Sam).
Grenggo adalah contoh manusia yang tahu cakap besar dan hutang sekeliling
pinggang. Situasi makin kalut bila dorang terlibat dengan kes penculikan tanpa
sengaja. Fezrul Khan dalam filem ni agak Berjaya membawa wataknya dengan baik.
Tak macam filem beliau yang lain lain dengan MIG. Lebih menarik ini filem
pertama pengarahn Azaromi Ghazali. Kira Berjaya dengan buah tangan pertama ye.
6-Remp-it (2006)
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Farid Kamil, Cat Farish,
Zul Huzaimy, Aqasha
Deman rempit bermula dari filem
ini. Diarahkan oleh Ahmad Idham, Remp-it menjanjikan keseronok buat pengemar filem
filem yang berkaitan dengan Remp-it. Mengisahknan Madi yang menjalani kehidupan
sebagai seorang perempit sejati! File mini menjadi berchmark penting sehingga
muncullah beberapa filem rempit sampai orang pun menyampah.
5-Suamiku jatuh dari langit (2015)
Pengarah: Eyra Rahman
Pelakon: Qi Razali, Nora Danish,
Syuk Balas, Atikah Suhaime
Siapa cakap filem ini macam drama
pukul tujuh malam? Belum tengok jangan komen lebih lebih. Dalam filem ni ok
pula Nora Danish, tak macam filem filem beliau yang lain yang bajet ayu. Filem
komedi romantik ni banyak gak scene scene yang cukup lawak. Senang citer tak
kering gusi. Tambah tambah lagi dengan adanya Syuk Balas tu. Nak gelak ketawa
boleh layan filem ni.
4-Longkai (2013)
Pengarah: Hashim Rejab
Pelakon: Faizal Hussein, Niezam
Zaidi, Along Eyzendy, Wawa Zainal, Erra Fazira
Kenapa filem ini ada dalam
senarai? Faizal Hussein!
3-Adnan Sempit (2010)
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Shaheizy Sam, Intan
Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham
Filem yang menaikkan nama
Shaheizy Sam. Tak sah kalau tidak letakkan Adnan Sempit dalam senarai ini.
Tambahan lagi filem ini punya kutipan cecah Rm7.66. Adnan Sempit menunjukan dua
pelbezaan kelas antara Adnan/working class (Shaheizy Sam) dan Nadia/high class
(Intan Ladyana) yang dipertemuikan disebabkan Nadia terdesak mecari boyfriend
untuk party reunion. Kiranya Adnan cuma dipergunakan oleh Nadia je. Namun
mereka mula mesra serta cuba memahami dunia masing masing.
2-Ngangkung (2010)
Pengarah: Ismail Bob Hashim
Pelakon: Shaheizy Sam, Azad
Jazmin, Angah Raja Lawak
Filem pasal no ekor. Shaheizy Sam
lagi sekali dalam filem MIG. Memang beliau pelaris buat MIG. Totally filem
Ngangkung terbaik. Tak jangka filem komedi seram MIG yang ini menjadi pula. Nak
kata seram sangat tu tak sangatlah, namun sekurang kurangnya filem ini masih
boleh memberi kepuasan juga. Kombinasi Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Angah Raja
Lawak yang cukup menjadi. Tapi yang menarik sekali watak Mazlan petpet tu.
Totally Enjoy
1-Jangan Pandang Belakang (2007)
Pengarah:Ahmad Idham
Pelakon: Pierre Andre, Intan Ladyana, Ruminah Sidek
Filem seram ini bukan sahaja mendapat kutipan tertinggi (ketika itu tahun 2007) malahan terpalit kontroversi seperti kematian pelakon lagak ngeri serta pengaduhan antara Ahmad Idham dan Pierre Andre. Apapun ini antara filem seram terbaik tempatan malahan menjadi filem tempatan pertama ditayangkan di Filipina (hingga ada yang hysteria disana). Sudah tentu lakonan Ruminah Sidek begitu Berjaya sekali dalam filem ini.
Anda setuju dengan senarai ini? Apa pula pilihan anda? Tuliskan pandangan anda diruangan komen.
Post a Comment