Lokasi screening filem ini terpaksa dirahsiakan. harap Maklum
selepas aku balik dari Rantai Art fest yang membosankan, aku tergesa gesa pulang ke Puncak Perdana. Hujan lebat seakan menganjing aku pada hari tersebut. Naik LRT dengan seluar yang basah memang memalukan. Nasib aku dah tukar baju dekat KLCC dulu. Sesampai dekat Station LRT CM,aku naik bas balik ke Shah Alam. Singgah PKNS terjumpa dengan Doraemon plak makan pizza. Takpelah semalam dah layan Doraemon dekat laptop member. apapun tunggu bas nak pulang ke Puncak Perdana je dan akan terus bergerak.
Syukurlah aku tak berapa lewat sangat. aku tiba ke lokasi XXX lebih kurang dalam kul 9.30. Aku terus masuk dan sambutannya agak menarik. Sepanjang menonton filem ini membuatkan aku kembali pada tahun 2009. Pada tahun tersebutlah aku kenal filem ini. Filem ini cuma mendapat publisiti dari Astro di GalaTv (nama lama Hlive) dan aku rasakan macam best je. lagi lagi ada si Zahiril Adzim tu, masa tu aku memang minat dengan lakonan dia dalam Kami dan juga dalam teater. Lagi lagi nam Ron plak mengarah lagilah aku suka. Tapi malangnya aku tak berpeluang melihat filem ni dalam bentuk pawagam walaupun USM kelantan dah nak buat tapi cancel. terpaksalah layan dalam bentuk DVD. Lagi hebat aku ponteng sekolah sebab nak layan dvd filem. Oh my god inilah pembuatan ponteng sekolah aku yang paling aku takkan menyesal sampai bila bila. Aku layan sebuah filem tempatan yang bagus.
Apa yang aku nak puji usaha Buku Jalanan Puncak Perdana ni (BJPP) ni cuba menerapkan satu budaya yang lebih berintertual (betul ke aku eja ni) dekat Puncak ni. Haritu diorang buat borak borak bersama DR Norman Yusoff (my fav Lecture actually). Itu memang best giler sampai tak sedar dah pukul 12 pagi, nasib takde kuncu kuncu ayah Haji datang.
Sepanjang tempoh pertapaan aku di Puncak ni, ada sesuatu yang tak kena pada beberapa aktiviti malam disini. C'monlah tayangan popcorn night ni dah membosankan. Dahlah main filem yang didownload,kena bayar pula tu. Budaya aktiviti yang membosankan inilah yang menyebab beberapa pelajar keluar melepak ke luar sampai ada yang overnight. Dan buatlah lagi ceramah ceramah dan ceramah.
Dan paling aku suka bagaimana flyer screening ni, sungguh provasi. Tak macam rantai bajet indie konon, tapi dapat penaja Digi, bodoh gi bazir ruang letak benda Rantai dia yang bangang tu. ditulis no coupon! Come for the Sake of good Movie hahaha korang memang nak kena ni. Apapun hal kupon kupon ni memang mengarut.
Apapun sorrylah aku tak ulas filem gadoh,macam artikel memarah plak. Apapun tahniah buat Buku jalanan P.P.
Post a Comment