Penjelasan Kempen Switch Off Oleh Gibran Agi Abdul Ghafar



Assalamulaikum dan selamat sejahtera kembali. apapun kali ini aku nak paparkan jawapan daripada salah seorang penggerak Kempen Switch Off iaitu saudara Gibran Agi Abdul Ghafar. Minta maaf jika terlewat untuk menyiarkan sebab salah aku juga tak perasan emeil ini. apapun semoga kita dapat pencerahan serta menyokong kempen ini demi masa depan industri yang lebih baik.

Sumber facebook @ hati Nurani

Apakah itu Switch Off? Adakah ianya kempen ataupun ngo baru?

SWITCH OFF ’14 adalah sebuah kempen yang bertujuan untuk menaikkan taraf hidup warga kerja industry kreatif dan pada masa yang sama membangunkan standard konten industry konten kreatif  negara. Melalui kempen ini, warga kerja industry menunjukkan solidarity, bersama-sama menyampaikan pernyataan 11 PERKARA yang kita yakini sekiranya digunapakai, akan dapat menyediakan satu ‘lanskap’ atau ‘blueprint’ yang lebih efektif serta efisien demi masa depan industry konten Malaysia. Sempena dengan kempen ini, kita menyahut seruan kerajaan untuk menjimatkan sumber seperti air, api dan sebagainya dengan menyarankan kepada orang ramai untuk menjimatkan elektrik dengan menutup TV dari pukul 8pm-11pm pada 11.11.14 dan meluangkan masa tersebut untuk membuat aktiviti yang berfaedah bersama keluarga.

Kenapa terdapat pihak mengatakan kempen ini adalah agenda tersembunyi? Adakah ianya benar?

Tidak ada sebarang agenda tersembunyi. Kalau ada tak perlulah kita dedah dan angkat pernyataan 11 PERKARA. Sesiapa yang berkata demikian sebenarnya adalah mereka yang tidak faham tentang apa itu Switch Off dan mungkin punya agenda masing-masing yang tersembunyi.

Kenapa terdapat pihak tertentu seperti karyawan yang tidak menyokong kempen ini?

Karyawan tidak faham tentang apa itu kempen Switchoff dan nampaknya memang tidak mahu faham. Mereka berasumsi dan terus membuat kenyataan. Justeru, kita hairan kerana walaupun kita melakukan inisiatif Switchoff ini demi kebaikan industry dan tidak pernah mengusik pun Karyawan, pihak Karyawan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sebenarnya menunjukkan mereka tidak faham tentang Switchoff dan yang legi peliknya, menggunakan kata-kata yang menghina kami. Tetapi jujurnya, pihak kami tidak ambil pusing sangat dengan sikap mereka yang begitu kerana setiap tindak tanduk mereka mencerminkan tahap mereka itu bagaimana.
P.S: saya juga tidak faham kenapa Karyawan secara tiba tiba  mengeluarkan kata kata yang cukup menyakitkan hati.

Adakah kempen ini berterusan ataupun sebaliknya?

Kita akan melihat bagaimana respon pihak-pihak yang berkenaan terhadap kempen ini dari masa ke semasa. Menjelang 11.11.14 iaitu hari kemuncak kempen, kita akan menerangkan tentang perancangan kita yang seterusnya.

Siapakah lagi orang kuat dalam kempen ini?

Kempen ini ditunjangi oleh 11 buah persatuan di dalam Gafim iaitu PTVM, FDAM, SENIMAN, PROFIMA, PPFIM (Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia), PAPITA, PENYIAR, MIEWA (Malaysian Indian Entertainers Association), Creative Writers Guild of Malaysia (CGM), Persatuan Kebjikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) dan Persatuan Penerbit  Filem dan Pengarah India Malaysia (MIFPDA).  Alhamdulillah, banyak lagi persatuan-persatuan serta entiti-entiti di luar Gafim yang menyatakan hasrat untuk bersama kita dalam kempen ini.

Apakah masalah utama yang menyebabkan wujudnya kempen ini?

Banyak sebenarnya masalah-masalah yang berkisar dalam industri konten kreatif ini. Kita tidak ada satu plan menyeluruh yang dapat memberikan sebuah integrasi ekosistem yang lebih efisien. Sebab itu pendekatan kita adalah dengan mengangkat perkara-perkara yang lebih holistik, bukan ‘segmentized’.  Orang ramai tidak tahu yang kadar bayaran yang diterima oleh produser-produser daripada stesen-stesen TV secara umumnya tidak berubah walaupun selepas 20 tahun. Ini tidak termasuk bab harta intelek yang diambil terus oleh mereka. Payment kecil, ‘IP rights’ diambil terus. Adakah sesiapa yang akan gembira jika berada dalam situasi begini selama puluhan tahun? Isu-isu begini adalah antara perkara-perkara yang kita cuba perbaiki di dalam inisiatif kempen Switchoff ini.

Bagaimana jika ada yang berminat untuk menyertai kempen ini?
Kempen ini sebanarnya lebih besar daripada Gafim, Karyawan atau sebarang persatuan lain. Kempen ini adalah tentang kita. Anda tak perlu untuk berada dalam mana-mana persatuan untuk menyokong kempen Switchoff ini. Kempen ini juga sebenarnya adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang situasi sebenar industry konten kreatif negara. Orang ramai berhak untuk bersama-sama kita kerana pemain industry sebenarnya bekerja untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Orang ramai juga adalah ‘stakeholder’ dalam industry ini. Justeru, mereka berhak untuk menyatakan sokongan sekiranya mereka prihatin untuk melihat peningkatan standard konten kreatif Malaysia.

Apakah harapan anda untuk kempen ini?
Semoga segala gagasan serta pernyataan kempen ini berjaya diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan demi memperbaiki segala kondisi negatif yang sudah sekian lama membelenggu industry konten kreatif negara. Kami berharap orang ramai terus memberikan sokongan padu terhadap kempen murni ini dengan menyatakan sokongan mereka walaupun sekadar menukar gambar cover/profile facebook mereka kepada logo-logo rasmi Switch Off '14. Tindakan mereka menggunakan logo kempen menggambarkan bahawa sokongan terhadap kempen ini telah menjangkau ke segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Kata kata terakhir?
Kempen Switchoff ’14 adalah sebuah kempen untuk menyuarakan suara warga kerja industry dengan cara yang lebih tegas, tersusun dan kolektif. Kita berharap untuk membantu kerajaan di dalam membangunkan industry konten kreatif negara dengan memberi saranan melalui pernyataan 11 PERKARA.  Untuk mendapatkan lebih informasi berkenaan kempen, sila layari facebook Switch Off '14 - The Official Group di mana kita memaparkan perkembangan terkini tentang kempen dari masa ke semasa. 

Semoga orang ramai terus menyokong usaha murni kita ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post