SINOPSIS
Cara pemakaian wanita sering kali menjadi isu perdebatan masyarakat, terutama sekali wanita Muslim. Di Amerika Utara secara amnya wanita bebas untuk berpakaian mengikut pilihan peribadi. Ini termasuk bagi wanita Muslim. Namun walau apapun pilihan mereka, termasuk sama ada memilih untuk memakai hijab atau tidak, ia pasti mengundang reaksi mahupun positif atau negatif.
Filem Between Allah and Me (and Everyone Else) mengikuti pengalaman peribadi empat wanita Muslim dari Toronto, Kanada, Naima, Farida, Shaila dan Sara dalam membuat keputusan tentang cara pemakaian mereka. Masing-masing mengambil keputusan sendiri dan mendapat pelbagai reaksi daripada keluarga dan masyarakat.
Pengalaman mereka mendedahkan bahawa sehelai hijab membawa pelbagai maksud tersirat dan tersurat kepada masyarakat. Filem ini membongkarkan betapa penilaian peribadi seorang wanita untuk memilih cara pemakaiannya boleh menimbulkan kerumitan dan implikasi terhadap diri mereka sendiri selain keluarga dan masyarakat.
Pengarah/ Penerbit/ Penyunting/ Kamera Ke-2: Kyoko Yokoma
Sinematografer: Robin Lupita Bain
Rakaman Bunyi: Mary Wong
Kamera Ke-2: Kyoko Yokoma
Pengadun Bunyi: Dwayne Newman
Durasi: 60 min
Format: HD
Tahun Produksi: 2014
See more at: http://www.3r.com.my/between-allah-me-everyone-else/#prettyPhoto
Diskusi ini dikendali oleh hos 3R, 3R Lee Yvonne dan Sara Zulkifli.
info dan tiket dapatkan disini
Post a Comment