Awal awal pagi lagi aku dah bangun dari tidur semata mata
untuk menghadiri KAKISENI INTERNATIONAL ARTS FESTIVAL. Pergi pagi pagi pun
Pavillion tak buka lagi,hahaha terlebih teruja ni.
About kakiSeni International Arts festival
Now in its second year, the Kakiseni International Arts
Festival 2014, presented by Prudential, returns with “ARTS TO THE PEOPLE”
featuring an array of local and international talent in downtown PavilionKL
with performing arts showcases, ART EXHIBITS, busking activities, spoken word
and a plenitude of curated international workshops. The five (5) day festival
is an expression of arts, heritage, culture and diversity of the imagination.
The festival features award-winning International acts from
around the world; such as Stuart Bowden (winner of The Directors Choice Award
at the Melbourne International Comedy Festival 2012) from Australia; Roberto
White (winner of the International Puppet Fair of Lleida) from Argentina, dance
duo Eli´as Aguirre & A´lvaro Esteban (1st Prize WINNERS of the
International Competition of Choreography Burgos- New York) from Spain, TAMTAM
Objektentheater from the Netherlands, Canadian acrobat Akron Nym, human sized
puppet master Natacha Belova from Belgium and many more.
Apa yang sempat aku
layan pada hari semalam Ialah Take Off (Aswara Dance Company), To have or not
to have (Tamtam Objektentheatre) dan Lembu by Ayaq Hangat Entertainment. Semuanya dibuat dalam black box yang betul betul di tengah dalam pavillion. Reka betulnya agak comel dan terdapat tiga pintu masuk,yang saiz dewasa,kanak kanak dan yang kecil sangat tu. Pintu yang kecil sangat tu kucing aku pun tak lepas,hahahaha.
Take off : Satu persembahan tarian daripada Aswara Dance
Company. Ini kali pertama aku menyaksikan, terdapat part part yang agak menarik
dan complek. Apapun pembukaan yang terbaik
To Have or not to have: panjang gile tajuk. Persembahan
daripada dua orang performers dari Belanda kalau tak silap iaitu TamTam.
Sesuatu yang menarik apabila mereka mengunakkan beberapa objek seperti
gunting,pasir,playar dan sebagainya untuk menjadi suatu cerita. First time
tengok persembahan sebegini dan ianya menghiburkan.
Lembu by ayaq Hangat. Saya sudah membaca monoloq ni dalam buku seperti Laut lebih Indah Dari bulan. Kali pertama menonton monolog ini ternyata ialah satu naskhah yang bagus. Penuh dengan sindiran terhadap politik tempatan. bagaimana Nam Ron pandai menjadikan lembu sebagai satu simbolik terhadap peristiwa yang penuh huru hara dalam dunia politik Malaysia. Walaupun kelakar namun penuh dengan sindiran tajam. Satu pujian terhadap pelakon Ameera Ramlee yang menjayakan beberapa watak (banyak gak wataknya yang dia pegang sebab dia sorang sahaja pelakonnya).
Criaturas Particulares by Roberto White, hhmmm nak komen macam mana kalau aku tak menontonnya. Rami giler orang yang beratur sampai dah tak muat. aku adalah salah seorang yang tak dapat menontonnya. Sedih.
She was Probably Not A Robot dan Pearls For The Picking tak dapat aku nak komen sebab aku kena balik awal, banyak assignment yang kena buat. Terima kasih buat Kakiseni kerana berjaya membuat satu event yang agak menarik dan bermakna ini. Tidak lupa buat semua performa,Prudential, Pavillion serta mereka mereka yang terlibat. terima kasih banyak banyak
Post a Comment