ulasan teater:neo Romantik (bukan yang full version)


Percaya atau tidak,aku dah lama tak layan teater teater ni. Lebih mengejutkan hampir setahun gak aku layan mana mana teater. namun segalanya berakhir apabila saya mengunjungi Art For Grabs baru baru ini. teater yang saya akan ulasan ini ialah teater Neo Romantik.

curi dari tweet orang lain. Saja nak tunjuk aku dalam tu

Walaubagaimanapun teater yang saya tonton ini cumalah lebih kepada bentuk pengenalan atau cuma promosi kepada teater Neo romantik yang akan dibuat pada bulan 9 nanti. Senang cerita ini hanyalah cebisan daripada teater nanti. nak tengok full datang pada 4 sebtember nanti.

Neo Romantik hanyalah dilakonkan oleh dua pelakon sahaja iaitu Aloy Paradoks dan Aisya Hasnaa. Ada juga pelakon lain iaitu Fathi Shafie namun peranannya mungkin agak sedikit berbanding dua orang pelakon itu.


Neo Romantik mengisahkan Pasangan selebriti Asyraf Maliki (Aloy Paradoks) dan Najua Nazirah (Aisya Hasnaa)   menjadi mengacara jemputan untuk sebuah rancangan bual-bicara Neo-Romantik. Selama 1 jam rancangan ke udara, banyak rahsia perhubungan mereka yang selama ini terselindung dari pengetahuan umum mula terdedah. Pasangan ini akan menceritakan kembali detik-detik perkenalan dan awal perkahwinan mereka hingga ke hari ini, dan mereka juga akan menjawab segala soalan-soalan yang bakal diajukan secara terus oleh penonton secara langsung atau tweeting. Apakah kesudahan kisah Asyraf dan Najua bakal terjawab dalam teater #NeoRomantik." (sinopsis ni aku curi dari event neo romantik)

komen aku tentang persembahan haritu mungkin agak sketikal. Mungkin disebabkan ini hanyalah promo show yang membuatkan saya mahukan lagi. Bukan bermakna teater ini agak cuma naluri saya yang mahukan sesuatu yang lebih dan lebih. Mungkin teater Neo Romantik nanti aku akan pergi. Lakonan Aloy pada aku agak boleh tahan . Percaya ke tak inilah kali pertama saya melihat beliau beraksi dalam mana mana teater padahal selalu juga bersua muka. Aloy menampakan sisi seorang perfomer yang know apa posisinya walaupun ada ketika beliau nampak terlampau tenang,mungkin itu adalah gayanya. Manakala Aisya Hasnaa pula  selalu aku melihat beliau di kaca tv,juga pertama kali melihat beliau di pesta teater. Bagaimanapun Aisya memang tak mengecewakan.mungkin sedikit masa beliau akan memberi persembahan yang bertenaga pada pemestasan Neo romantik nanti.

Pada isi teater ini jelas lebih memberi penekanan kepada isu-isu dalam pasangan. Walaupun diselitkan dengan lawak lawak yang menjadi, namun ada satu perkara yang harus diberi perhatian dalam persembahan ini. isu penceraian,keruntuhan rumah tangga mahupun masalah komunikasi antara pasangan adalah isu isu yang terdapat dalam teater ini. Aku sedikit sebanyak kagum kerana Aloy dan Aisya berjaya mengerakkan isu isu dengan pembawakan watak mereka dengan baik sekali. Juga kepada penulis dan pengarah iaitu... Aloy!!!


Selepas saja persembahan,terdapat sessi perbincangan antara pihak Sisters In Islam,pelakon dan fazlena Hishamuddin. banyak mencerita tentang masalah Penceraian. Apapun sedikit sebanyak ada input yang aku dapat daripada sessi perbincangan ini.

Secara keseluruhan Neo Romantik nanti jangan lupa datang ye.


*Satu lagi yang menarik,teater ini mengalakkan anda untuk menggunakan telephone pandai anda untuk berkomunikasi dengan pelakon (dengan menggunakan #tag twitter). Ini yang aku suka, tak macam teater besar yang satu tu,macam macam  peraturan kena ikut.

Post a Comment

Previous Post Next Post