Lagi Interview dipetik dari isu pertama:Bernard Chauly


Saya sangat besar hati apabila berpeluang untuk
Menemuramah Bernard Chauly. Dan inilah apa yang telah kami bualkan.

Boleh bagitau secara lanjut tentang diri kamu? Bagaimana kamu mula terlibat dalam pengarahan?
Lepas grad dari USM, saya mula sebagai kuli dalam industri komersial sebelum mendapat peluang mengarah siri dokumentari. Dengan biasiswa dari UK, saya mendapat Masters dari Goldsmiths College dan bila pulang dari London, saya freelance dengan syarikat Tiara Jacquelina , ten on ten pictures. Telemovie pertama bertajuk ‘Piala Untuk Mama’ (2002) yang dibintangi Erma Fatima dan memperkenalkan Sazzy Falak. Lepas tu, freelance pula dengan Red Comm buat program seperti 3R. 8 tahun lepas grad dari USM, baru mengarah filem pertama iaitu ‘Gol & Gincu’ (2005), terbitan Red Films. 

Bagaimana  dengan filem terbaru Manisnya Cinta Di Cappadoccia? Boleh bagi tahu proses membikin filem tersebut?adakah sudah siap sepenuhnya? Bagaimana dengan pemilihan pelakon ?Sebab mereka suka ‘Pisau Cukur’ (2009), Global Station approach saya untuk buat super-telemovie dan memberi saya 5 novel terbitan Alaf 21 untuk membaca. Saya memilih ‘Manisnya Cinta’, karya Anis Ayuni. After a while, ia berkembang menjadi projek filem terbitan Global Station, Astro Shaw dan Red Film. Kita habis membuat penggambaran di Malaysia dan Turki pada bulan Mei dan tengah editing.  Novel Anis Ayuni diadaptasi dengan bagus oleh Rafidah Abdullah and watak Ifti Liyana memang harus dipegang oleh pelakon matang dan menawan seperti Fazura. Gandingan dengan Sam sebagai Nazmi adalah sesuatu yang baru untuk layar perak. Begitu juga dengan Fazura-Lisa Surihani yang tidak pernah berlakon bersama. Memang  menjadi impian saya untuk mengarah Faizal Hussein yang membawa watak Bakhtiar dan barisan pelakon yang lain juga memang hebat – Ogy Ahmad Daud, Zaibo, Normah Damanhuri, Dian P Ramlee, Aida Khalida, Rafidah Abdullah, Josiah Hogan, adik Raykarl dan ramai lagi. Dalam novel Manisnya Cinta, terdapat lokasi di Mesir tetapi dengan keizinan Anis Ayuni, kita telah mengolah cerita dan membuat penggambaran di kawasan Anatolia dan Cappadocia di Turki – lahirlah l‘Manisnya Cinta di Cappadocia’. 
Apa yang saya perhatikan , anda suka mengarah filem filem bercorakan romantic,adakah itu genre kegemaran anda?
Bila rezeki datang, kita tidak menolaknya. Setakat ini, projek romantic / komedi romantik yang datang , dan banyak lagi yang Bernard boleh belajar dalam genre-genre itu. Sebenarnya, saya juga pernah mengarah filem digital bertajuk ‘Goodbye Boys’ (2006) (Feveret saya-ed) yang juga filem pertama Lisa Surihani. Genre filem itu adalah ‘coming-of-age film’ yang juga berdasarkan pengalaman saya sendiri. Juga, sungguhpun ia bukan filem, saya amat berbangga dengan mini-series ‘Apa   Dosaku: The Sybil Kathigasu Story’ (2010) untuk Astro Citra yang bergenre historical-biopic. Suatu hari nanti, saya nak dikenali sebagai ‘pengarah genre apa pun boleh’. Tetapi saya tak suka sangat genre action dan tak suka tengok filem seram!

Apakah pendapat anda tentang term "filem malaysia"?adakah filem tersebut perlu berbahasa melayu ataupun terdapat scene scene menara KLCC?
Filem-filem arahan saya selalu takde shot Petronas Twin Towers! For me, filem Malaysia adalah apa-apa filem yang dibikin di Malaysia, berlatar-belakangkan konteks Malaysia, tak kira bahasa. Ataupun films made by Malaysians but shot anywhere in the world, seperti ‘Istanbul Aku Datang’ (2012)!

Tentang filem Istanbul Aku Datang,sambutan filem tersebut begitu menggalakan,komen sikit factor kejayaan filem tersebut?
Skrip Rafidah Abdullah bagus, lakonan Lisa Surihani mencuitkan hati, kota Istanbul menawan hati, Red Films pandai menerbit filem? Yang paling penting, ramai warga Malaysia menyokong filem Istanbul Aku Datang, Alhamdullihah.

Ada tekanan tak dari pihak penerbit ketika mengarah filem?
Apa-apa kerja pun ada tekanan dari bos!
Setahu saya kebanyakkan filem filem anda under RedFilm,kenapa tak try mengarah under label lain?
Berkaitan dengan soalan di atas, saya mengarah untuk Red Films sebab bos (Lina Tan, penerbit) merupakan bos yang bagus, bos yang memberi tekanan cukup kuat so that you give your best dan sokongan sepenuhnya so that everyone involved loves what we’re doing. Red Films juga mempunyai wawasan untuk menerbitkan filem berkualiti. Quality, not quantity.

Mana lebih penting dalam menghasilkan filem,kepuasan penonton atau diri sendiri?
Filem syok sendiri jarang memuaskan penonton.

Selalu terbaca komen komen dalam internet tentang pembikin filem tidak mempertarbatkan budaya tempatan?komen saudara?
Saya tak follow sangat perbincangan sebegitu di internet. I’m Malaysian, everything I do will always be for a Malaysian audience, first and foremost. Malaysia sangat majmuk, that diversity is not all on screen yet. Itu yang exciting bagi saya.

soalan simple
Apakah hobi anda?
Memasak, merantau, collecting art, berlari, berenang, bersunyi untuk menenangkan diri.

b)idola anda?
Ang Lee, Mira Nair, Joe Wright, Ai Weiwei, Yotam Ottolenghi, Mo Farah

c)jika anda bukan pengarah,sekarang anda adalah...
arkitek, visual artist atau chef

Adakah kutipan yang rendah memberi tanda yang filem tersebut gagal?
Bukan sesenang itu. Contohnya, ‘Gol & Gincu’ tak dapat sambutan box-office tapi menang Filem Terbaik (Audience Choice) di Festival Filem Malaysia 2006. Ia juga menjadi hit-series g&G di 8TV dan kini dianggap ‘modern classic’. ‘g&G the series’ juga pernah remake di Filipina dan Disney pernah option rights untuk remake filem ini, mungkin suatu hari nanti.

berikan kata kata nasihat kepada remaja yang bercita cita ingin menjadi pengarah?
Jangan terikut-ikut Hollywood. Jangan serik jadi kuli sebelum jadi pengarah. Dapat degree tak bermaksud kamu terus qualified jadi director. Cari inspirasi dalam diri sendiri , cuba jangan selalu tiru orang . Asah bakat buat filem pendek dan upload kat youtube. Selalu pentingkan proses perkembangan skrip. Majukan filem untuk Negara.




Post a Comment

Previous Post Next Post