Untuk meraikan minggu karyaone (padahal 3hari je) yang berlangsung pada hari khamis hingga jumaat.Pada hari khamis telah berlangsung wacana seni(skrin) iaitu tayangan 5 filem pndek ikal mayang.5 buah filem itu ialah:
SHARIFAH AMANI - HAWA
MISLINA MUSTAFA - ALL ABOUT DE FLOWERING
JUNAD M. NOR - ODAH
MELISSA SAILA - BERAT SEBELAH
IDA NERINA - SHE
Pelajar diploma diwajibkan hadir ke wacana seni,tindakan keras akan diambil pada sape sape yang tak hadir,hahaha.Tapi rugi juga pada yang tak datang kerana selepas tayangan filem,ada sessi soal jawab,debat mebat,kutuk mengutuk bersama dengan Ida nerina,Junad M.nor dan lupa plak nama sorang lagi.Dah dah dah sila baca review aku
Hawa(arahan SHARIFAH AMANI )
Apa yang akan terjadi bila sahabat yang paling kita 'sayangi' akan meninggalkan kita?Topik lesbian/cinta terlarang yang dikemukan oleh SHARIFAH AMANI ni agak sungguh menghiba bagi saya.Hawa (yang didokong kuat oleh Amani) adalah satu imej wanita yang mencintai sahabat wanitanya,Ayu( lakonan shera ayob) namun atas dasar takdir dan ketentuannya,Ayu telah memilih Adam(lakonan Zahiril Adzim aka suami Shera Ayob).Term lesbian/cinta terlarang yang cuba disampai oleh Amani ni bukanlah mengandungi elemen mengajar/larang tetapi mencerita begitu sukarnya Hawa untuk menahan rasa cintanya namun tuntutan agama(imej baring di sejadah) telah mengingati Hawa bahawa cintanya takkan kemana.Overall saya sukakan filem Arahan amani ni malahan tidak keterlaluan jika saya katakana beliau akan menyambung delegasi Arwah Yasmin Ahmad,amin.
Odah(JUNAD M. NOR)
Saya tak berapa kenal dengan si Junad ni,malahan saya tak tau pun yang beliau adalah seorang penulis skrip.Yang aku tau pasal dia pun time filem kil yang nak bagi kuin dekat Kil tapi minta balik.tambahan lagi Odah adalah filem pertama arahannya.Oleh itu saya tak menaruh harapan yang tinggi.
Namun...
Odah adalah antara filem paling kelakar dalam senarai ikal mayang ni.Cukup dengan elemen sinis serta komedi yang menjadi.Ceritanya senang je,Odah(sape pompuan tu,lakonannya memang bersahaja!) yang nak potong rambut pendek ala Feminin (yang pasal feminine ni nanti aku ulas dgn lebih lanjut) namun ditentang hebat oleh ibunya( misslina Mustafa) kerana takut menjadi anak dia jadi lesbian.Filem ni lebih kepada teguran kepada masyarakat yang tak mengerti tentang lesbian(contoh bapa odah tak tau apa tu lesbian).Dalam filem ini tidak menonjol sifat sifat lesbian Odah(walaupun dia begitu gagah(angkat tong gas tu) namun itu tak diambil kira) malahan impian Odah yang cuma ingin ada rambut ala feminin telah disalah ertikan.Lokasi yang sejuk mata memandang(kampong) serta tambahan kebekesannan pelakon tambahan(ade yang kelakar) telah menambahkan rencah hiburan dalam filem ini.Tahniah diucapkan buat Junad,anda memang ada masa depan dalam industry filem Malaysia.Jangan ingat berambut pendek lesbian ye!
ALL ABOUT DE FLOWERING(Misslina Mustafa)
Filem ini membawa kita melihat kita seharian seorang wanita.ungkapan "I'm ready for my close up!" sering bermain main dikepala saya.Overall satu percubaan yang baik oleh Misslina Mustafa
MELISSA SAILA - BERAT SEBELAH
Amaran:kepada budak budak yang tak cukup umur tu jangan tengok filem ini,tapi masalahnya time tayangan haritu ada plak rombongan budak sekolah,sapa yang jemput ah?Pihak yang berkenaan harus peka dengan isu ini.Kalau boleh tengoklah dulu situasinya.Lepas ni sila jemput rombongan tadika plak ye.
berat sebelah plak(aku rasa korang dah boleh agak!) mengisahkan kisah pilu wanita yang mengalami masalah buah dada yang berat sebelah.Perkara ini sedikit sebanyakmembuat dia tidak selesa dan menjadi tontonan oleh kaum Lelaki.Scene awal (pada yang tengoklah,yang tak pergi haritu sape suruh?) telah menunjukkan bagaimana wanita yang ada masalah itu(aku lupa nama watak tu,bangang) telah menyangkal salah satu payudaranya.Oleh itu dia telah merancang untuk memotong(ya aku tak tipu) salah satu payudaranya(or lebih kurang menipiskannya) agak lebih balance.Aku rasa Melissa Saila ni memang power,ntah macam mana banyak plak babak disturbing dalam filem (lecture depan aku siap dah tutup mata dah,budak budak rombongan sekolah buat rilek je,thank teknologi),memang aku dan dugalah.Namun kita kena tengok dari segi pengajaran filem ni tentang masalah yang dihadapi oleh sesetengah wanita.Babak wanita bermasalah paling aku tak boleh lupakan ialah masa dia nak kepit payudaranya dengan prti sejuk,time nilah aku nak menangis(sekali lagi lecture depan aku tutp mata,rombongan budak sekolah buat rilek je,thank internet) bagaimana begitu berat masalah yang dihadapinya.Good job Melissa Saila!
IDA NERINA - SHE
Filem terakhir pada tayangan haritu.Filem ini bergerak more to POV(ida nerina) yang menyingkar dunia wanita.Pelbagai wajah wajah wanita kita dapat lihat serta sifat sifat mereka.Golongan wanita dalam filem ini meraikan kehidupan mereka.
Selepas tayangan 5 short filem ni,ada plak sessi soal jawab ( sessi makan makan takde plak) diantara panel dan pelajar.Dan seperti biasa ada budak uitm tu (aku rasa dia wartawan) dan sering mengemukan soalan bila ada wacana seni.Tamat (tu je?)
Odah is my ultimate fav in this series... seriously hilarious...
ReplyDeleteOdah is my ultimate fav in this series... seriously hilarious...
ReplyDeletePost a Comment