KIL:Kisah Iman Lemah (macam tak betul je)

                                                               Harun sebagai Harun
Ulasan KIL
Ada satu perkara yang aku belajar dari filem,hargai nyawa sendiri!
    
    
    Menonton Kil berulang ulang kali mencari dan menyelongkar makna dan erti filem ni.ternyata  isu besar yang diketengahkan iaitu suicide(bunuh diri) dan menyeret para penonton memahami sisi gelap watak utama(Akil atau Kil lakonan Redza Minhat) yang mengalami masalah yang menimpa di masa silap sehingga menyebabkan dia cuba melakukan banyak percubaan bunuh diri.

  
                                                          Cantik lagi berbakat besar 

  Mengupah sebuah organisasi yang dikenali sebagai LAB(tak ingat mcm mana nak eje nama penuh kehkehkeh) adalah cara terakhir Kil meneruskan cita citanya(bunuh dirilah)yang tidak kesampaian.Lagi misteri apabila muncul pula seorang gadi misteri bernama Zara.selepas itu mulalah citernya…(tengok sendirilah,ulas banyak banyak kan nanti spoiler plak)

                                                            500days of summer?
   
Redza Minhat  ni jarang benar kita tengok dalam kaca tv ataupun dalam filem namun dalam filem ni Redzat Minhat berjaya mengerakkan jasad Akil walaupun ada masanya beliau seakan akan mencuba.begitu juga Cristina Suzanne yang bagi aku ada masa depan yang cerah,lakonannya cukup natural malahan seakan akan Zara itu memang wujud!Serius!Mungkin suatu hari nanti Crissie akan mena
  
       
                                          tertidur lepas layan citer sesame Street :D

     Serius korang kena tengok filem Kil kerana filem ni jelas telah melanggar keharmonia kancah filem kita yang banyak dengan filem filem yang tak bermutu.Satu salute tinggi buat sang pengarah iaitu Nik Amir Mustapha kerana berani mengetengahkan sebuah idea yang segar.Inilah kali pertama saya tengok filem tempatan berulang ulang kali(3 kali) dan banyak perkara yang saya perhatikan .
Warna dan lagu dalam filem ni……teramat hebat!!!Aku suka tengok percahayaan dan sinemaphotography dalam filem ni yang cantik dan sedap mata memandang.Satu lagi percapaian hebat oleh Kil.Lagu lagu dalam filem ni telah menyebab perasaan aku resah(light-7collar tshirt),ceria(bo bedroom-lagu) dan menyesal(rapuh).memang aku suke gilar.

    Cristina Suzanne:Bakat baru yang menyerlah

Dan jelas filem ni gak mengambil pengaruh filem romantic komedi seperti nottinghim(juga disebut dalam filem ni),malahan saya macam perasan yg si Akil tu ade pakai tshirt beatles,back to the future,etc(ni kerja sape ni ah?),jarang Nampak perkara ni dalam filem Malaysia.

 Oleh itu tuan tuan dan puan puan,saya berharap sangat agak korang semua yang tak tengok2 kil lagi tu pergilah tengok sementara masih ada tayangan lagi,sokonglah hasil karya anak muda.Apa lagi yang penonton nak?takkan sampai pengarah filem ni mengamuk cam Johan iskandar plak.
Ini kerja gila!!!
Pemurah tak aku?

Nak gi toilet buat muka comel plak,kehkehkeh

Post a Comment

Previous Post Next Post