Ulasan Filem Kerat 14

Ini adalah ulasan filem yang pertama untuk blog ini.Harap harap korang dapatlah fahami apa yang nak aku sampaikan.Kalau boleh tu sila tinggalkan komen komen yang postif atau negatif untuk menaikkan lagi imej blog ni.Biasalah aku ni budak baru nak up kena banyak yang kena baiki lagi.Kalau ada salah dan silap fakta tu tolong cepat cepat tegur aku.Semoga akan lebih banyak filem filem yang akan aku ulas lagi.


KERAT 14:INDAH KHABAR DARI RUPA
  Mengikut dari apa yang aku dari Youtube.com,Video trailer filem kerat 14 dah hampir mencecah 2juta dalam masa sebulan!Begitu besarnya impak filem ni yang mengerakkan aku untuk menonton filem ni.Aku bukannya kaki follow orang ke apa cuma hati ni dah tergerak nak tonton filem ni.Bersama teman kami meredah ombak berduri lagi beracun untuk menonton filem ni.Lebih lebih lagi langit kian gelap mengancam penjalanan kami(saja buat ayat macam ni sebab nak bagi review ni panjang sikit).

Kerat 14 adalah terbitan pertama WHITE MERPATI ENTERTAINMENT Serta arahan pertama ARJIN UPPAL .Aku tak berapa nak kenal sangat si Arjin ni jadi filem Kerat 14 ni menjadi kayu mengukur aku untuk melihat kemampuan budak ni.Cuma aku tertanya tanya mana datangnya Production White Merpati ni?
Biar ajelah aku dah sakit kepala dah ni menaik depan laptop ni,dahlah assigment banyak nak mati.Kerat 14 dibintang oleh pasangan drama Nora Elena iaitu Aaron Aziz dan Siti Saleha.Aku rasa faktor yang menyebabkan video trailer Kerat 14 ni sebab diorang berdua kot,biasalah bintang top,kalau aku yang jadi watak utama citer ni aku rasa tak ramai pun,kalau ada pun sedara mara aku dekat kampung tu berserta member member yang kena paksa tengok.

Sinopsis Kerat 14:Haziq dan Nuzara adalah pasangan kekasih.Haziq bawa Nuzara pergi ke night club ek silap disco untuk jumpa member dia.Si Nuzara tu pun ikutlah Haziq tu pergi Night club ek silap disco.Time tu jugalah ada seorang lelaki yang tak pandai berlakon membawa watak Aril nak try si Nuzara ni.Dengan mengunakan kuasa mistik lagi tahyul makan berjaya si aril tu try Nuzara.Blah blah blah Haziq nampak perkara tu terus wacha wacha sehinggalah ada kejadian berlaku....

Review bermula bila filem ditayangkan!Pertama sekali aku ingin katakan yang filem ni macam dibuat oleh seorang yang amatur!Maaf Arjin Uppal sebab aku rasakan kau kena banyak buat homework,kajian,latihan,modul,hipotesis serta apa apa lagi untuk memPERKASAkan lagi filem ni.Aku taulah ko eksiten sangat nak buat filem tapi agak agaklah sikit,aku tengok pun rasa nak bagi penyepak je,tu belum lagi orang lain.Tambahan lagi naratif filem ni agak selalu lemah dan mendukacitakan.Lagi malang lakonan Aaron aziz dan siti saleha seperti melepaskan batuk ditepi tangga,amat amat lemah penghayatan mereka(yang teruk mestilah watak Aril Gile dengan polis pompuan kayu tu).Scene gore yang ditunggu tunggu memang takde cuma yang ade adengan polis kejar penjahat yang ntah apa apa.Filem ni bagi aku amat mengecewakan.

Sebenarnya idea Kerat 14 ni memang dah menarik dah tambahan lagi dekat malaysia ni agak rare,genre gapo oreng panggil triller psikomak kau ke apa.Bertambah bonuslah filem ni untuk ditonton.Tapi sayang seperti yang aku cakap atas tadi filem ni memang teruk.Yang lagi teruk bila ada babak babak polis tu,ia mengingatkan aku pada gerak khas.sekian terima kasih,aku ade assigment nak buat so pandai pandai korang buat andaian sendiri.

P:s:punyalah lama babak Nuzara dgn aril dengan mesra mesra,romennya tidak :D

untuk tontonan 13tahun ke atas sahaja.nasib baik umur aku 17 tahun.




1 Comments

  1. I pun rasa lakonan dalam filem nie terlalu kaku. Macam mereka baca dialog aje.
    http://www.jeffleemovies.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post